Nasfu tidak mengenal siapa. Walaupun kamu seorang yang rajin menambah amalan cuma dibezakan dengan kekuatan iman melawan nafsu. Kisah ini berlaku pada tahun 2012. Seorang lelaki berstatus suami telah disiasat setelah disyaki melakukan persetubuhan luar nikah. Kebiasaannya cerita yang dipaparkan adalah pasangan yang masih bujang, kali ini cuma perempuannya sahaja bujang. Lelaki ini bukan beristeri seorang tetapi poligami. Ketika itu dia telah beristeri dua. Umurnya pula 50 tahun. Ibarat rumah kata pergi, kubur kata mari. Lelaki ini memang nampak telah berumur dengan perutnya besar. Bak kata kawan-kawan aku kalau dia diri mesti dia x nampak kakinya. Lelaki ini merupakan seorang pemandu bas, trip perjalanannya adalah dari Segamat ke Johor Bahru. Satu jarak perjalanan yang jauh. Kadangkala dia tidur di stesyen bas sahaja. Perkenalannya dengan perempuan ini membuatkan dirinya semakin muda. Mana tidaknya, perempuan ini selalu menemaninya ke Johor Bahru. Kehidupannya pun berubah seperti pasangan suami isteri.
Akibat pergaulan yang bebas dan kehidupan seperti telah bernikah, nafsu pun mula menguasai diri dan akal fikiran. Suasana lengang di stesyen bas memudahkan pasangan ini memadu asmara. Bas yang dipandu lelaki ini menjadi tempat tidur mereka. Tiada sesiapa pun yang menyangka terdapat "suami isteri" sedang bersetubuh di dalam bas ketika itu. Setelah berpuashati dengan kejadian kali pertama dan berjaya melakukan tanpa pengetahuan manusia lain, pasangan ini mengulangi persetubuhan berkali-kali di dalam bas yang sama. Akibatnya perempuan tersebut hamil dan 9 bulan kemudian melahirkan zuriat daripada benih lelaki tersebut. Pasangan disiasat setelah mendapat maklumat perempuan itu melahirkan anak tanpa suami. Setelah dihadapkan ke mahkamah, lelaki ini dijatuhkan hukuman mandatori penjara 4 bulan dan denda RM4000 manakala perempuan denda RM3500. Ini hanya hukuman dunia, jika mengikut hukuman hudud pasti lelaki ini tidak mampu bernafas setelah direjam sampai mati.