Gambar hiasan |
Seorang lelaki warga emas telah ditangkap di satu premis judi. Ketika ditangkap, lelaki tersebut baru lepas membeli nombor. Setelah diperiksa, sebanyak 15 keping tiket neraka dijumpai dengan jumlah RM250. Hm, memang kaki betullah pakcik ni. Setelah disiasat, pakcik ni mula main nombor sejak umur 18 tahu lagi, sekarang dah umur 66 tahun. Peh, dah 48 tahun pakcik ni berkecimpung. Bayangkan, dah 48 tahun baru kena tangkap. Sungguh bijak pakcik ni pilih masa nak beli tapi sepandai-pandai tupai melompat. Pakcik ni memiliki 2 orang isteri, 8 orang anak dan 20 orang cucu. Tak pastilah kalau dah ada cicit ke belum. Pakcik ni cakap dah banyak kali nombor naik tapi belum pernah dapat 1st prize. Setakat ni pakcik ni pernah menang paling banyak RM 3000. Pakcik ni pernah mencuba pelbagai cara untuk dapat nombor yang tepat. Memang dapat nombor tepat cuba tak dapat 1st je. Ketika ditanya kenapa pakcik suka main nombor, selamba je dia cakap tak cukup duit nak buat belanja. Pakcik ni keja kebun dengan memiliki 5 ekar tanah bertanamkan kelapa sawit. Banyak hasil yang diperolehi tapi mungkin ada silapnya yang membuatkan tak cukup.
No comments:
Post a Comment
Dah Baca? Tinggalkan komen anda...