Pages

26/12/2011

Suamiku Gay?

Gambar hiasan

Kisah ini adalah kisah benar dari seorang sahabat yang berada di utara semenanjung. Untuk dikongsi bersama sebagai iktibar.

Milah (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru. Seorang rakan telah memperkenalkannya dengan seorang lelaki peguam hartanah. Dia berkahwin dengan Zul (bukan nama sebenar) setelah mengenal hati budi masing-masing. Setelah menempuhi gerbang perkahwinan selama 7 tahun, pasangan dikurniakan 3 orang anak yang comel. Kehidupan mereka agak mewah. Makan pakai semua cukup, ibarat gaji sebulan boleh  guna untuk setahun. Segala nafkah zahir dan batin begitu mencukupi. Banglo 2 tingkat baru dibina di atas tanah lot yang dibeli.



Awal perkahwinan, pasangan menjalani kehidupan dengan bahagia seperti pasangan lain. Tiada perubahan berbeza pada si suami. Kelahiran anak sulung disambut dengan gembira umpama mendapat berlian yang paling berharga. Segala peralatan untuk bayi dibeli dengan barangan berjenama. Biasalah, anak sulung. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Sebaik sahaja habis pantang, milah perasan ada perbezaan pada suaminya apabila Zul tidak menyentuhi tubuhnya berbulan-bulan.Milah perasan perubahan tersebut kerana hampir 2 tahun tubuhnya tidak disentuh. Milah berasa pelik dan membuat siasatan.

Alangkah terkejutnya Milah dan sungguh kecewa rasa hatinya. Ketika Milah membasuh pakaian Zul, dia ternampak ada tompokan pada kain pelikat Zul dan setelah diperhatikan ianya adalah tompokan mani.Milah pelik kenapa Zul sanggup buang sendiri padahal dah ada isteri untuk melepaskan nafsu. Milah terfikir mungkin suaminya ingin merancang tapi sengaja tidak mahu memberitahu. Milah pula yang tergersang. Hihi....

Milah mencari punca perangai Zul tapi setelah lama mencari tetap tidak berhasil. Milah tengok Zul kerap tidur lewat dan rajin melayari internet tapi pelayaran hanyalah ketika Milah telah lena tidur.Keesokan harinya Milah membuka history internet dan alangkah terkejutnya Milah apabila mendapat tahu selama ini Zul banyak melayari laman GAY. Namun begitu Zul tetap bersangka baik, mungkin suaminya hanya suka-suka saja. Apa yang membuatkan Milah hairan, setelah melayari laman itu, Zul mesti onani.

Apabila Milah bertanyakan kepada sahabat lelakinya, rakan lelakinya menyatakan mungkin Milah kurang memberi perhatian ketika melayari bahtera atau tidak menjaga badan. Milah menafikan semua itu. Milah begitu jaga badannya umpama anak dara. Rakannya mengatakan mungkin suaminya bosan dengan skill Milah tapi Milah beritahu bahawa suaminya yang tidak mahu posisi lain. Milah yang banyak kemudi. Suaminya umpama tunggul dan tidak bersemangat. Setiap kali senggama, mesti cepat tamat, Milah tidak mendapat kepuasan langsung. Rakannya menyatakan mungkin Zul gay tapi Milah tidak setuju kerana menurut Milah tiada apa bukti yang boleh mengesyaki bahawa Zul gay. Rakannya menggesa Milah untuk mengintip dengan teliti kerana rakannya kuat berpendapat Zul gay.

Jika diperhatikan Zul boleh dikategorikan seorang yang kuat beragama kerana kerap menghadiri ceramah agama dan rajin ke masjid untuk berjemaah hatta subuh. Ini yang menyukarkan Milah untuk percaya bahawa Zul seorang Gay. Setiap kali keluar rumah, telefon bimbit mesti dibawa bersama tidak kira ke mana. Satu hari ditakdirkan Zul terlupa membawa telefon bimbit ke pejabat dan banyak panggilan dan mesej masuk. Pada mulanya Milah tidak ambil kisah tapi sudah banyak kali telefon itu berbunyi, Milah tergerak untuk mengambil dan membawa mesej yang masuk. Alangkah terkejut apabila terdapat mesej dari lelaki dihantar kepada Zul dan berbaur lucah dan ghairah. Milah yang tidak sanggup membawa mesej-mesej tersebut berasa sungguh kecewa dan menitis air mata.

Setelah Zul pulang dari pejabat, Milah cuba meminta kepastian daripada Zul. Sebaliknya Milah ditengking kerana mengganggu privasinya. Teruk Milah dibelasah pada malam itu. Bermula malam itu, kehidupan pasangan ini seperti orang asing di dalam rumah dan masing-masing tidak bertegur sapa. Masuk hari ketiga, Zul mengajak Milah untuk bersetubuh dan Milah sungguh gembira dengan pelawaan tersebut dan menyangka suaminya dan mencuci tangan tidak mengulangi perbuatan onani lagi. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sangkaan Milah meleset. 2 hari kemudian Zul tetap ulang perbuatannya. Milah diam tidak terkata. Hanya mampu mengalirkan air mata. Milah sungguh kecewa dan kepada Allah sahaja tidak berserah untuk menentukan masa depan keluarganya.