Islam mengajar manusia sekiranya hendak bercakap hendaklah dengan hati-hati seperti yang di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat hendaklah ia bercakap yang baik atau diam sahaja."
Setiap orang yang bercakap mempunyai tujuan tersendiri dan di kategorikan seperti berikut:
- Golongan cakap merapu
- Golongan peramah
- Golongan kaki cakap
- Golongan cakap sebagai pejuang
- Golongan cakap orang politik
- Golongan cakap orang pendiam
- Golongan cakap orang sombong
- Golongan cakap orang biasa
- Golongan cakap cakap nak perdaya
- Golongan petah bercakap
- Golongan cakap hendak tunjuk pandai
- Golongan cakap cakap kotor dan lucah
- Golongan cakap suka memaki
Terdapat juga jenis-jenis percakapan iaitu:-
- Bercakap perkara yang perlu sahaja
- Bercakap yang terpaksa
- Bercakap kerana kewajiban
- Tidak suka bercakap
- Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
- Bercakap yang menggoda.