Pages

27/03/2012

Ibu dan Papa di Tangkapp Khalwat





Seorang ibu yang merupakan seorang janda telah ditangkap khalwat bersama seorang suami orang di dalam bilik rumahnya. Pasangan ditangkap pada jam 2 pagi. Penguatkuasa menerima aduan dari penduduk setempat yang memaklumkan terdapat lelaki yang kerap datang ke rumah janda.

SI ibu awal-awal lagi telah mengajar anaknya menipu dengan menyuruh anak memanggil lelaki tersebut dengan panggilan  papa..Anak bukannya budak sekolah lagi tetapi telah berusia 20 tahun..Telah mengenal erti dosa dan pahala...Semua ini telah dirancang awal-awal lagi bagi mengaburi mata orang ramai. Ketika penguatkuasa tiba, anak membuka pintu dan ketika ditanya anak mengatakan tinggal bersama ibu dan "papa". Anak menunjukkan bilik ibunya. Ketika pintu dibuka, kelihatan "papa" sedang duduk berlunjur di atas tikar. Ibu memakai t-shirt dan kain batik manakala "papa" pakai seluar tanpa baju.

Penguatkuasa menyuruh anak beranak tersebut ke ruang tamu untuk disoalsiasat. Anak yang mula pucat dan ketakutan akhirnya mengaku bahawa "papa" tersebut bukan suami ibunya dan bukan bapa kandungnya. Terkejut ibu apabila mendengar anaknya memecahkan rahsia. Akhirnya ibu pun mengaku dan ibu bersama "papa" dibawa ke Balai Polis.