1)Dari Usia Seminggu Hingga ke 40 minggu
Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung
dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari
sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu
blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses
persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah
sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3
lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas
manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah
mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan
pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung
yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa
darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5
didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm.
Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem
saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut.
Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan
membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang
dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan
janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan
berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling
dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara
ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk
kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi
semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada
dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan
keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah.
Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis.
Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun
tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah
sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah
kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu
ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota
badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita
sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara
puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan
progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama – minggu ke 10,
ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya
dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah
serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu
tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan
dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk,
selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling
penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah
daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan
letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin
luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk
melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12
iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan
tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar
dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa
milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk
telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu
aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran
berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya.
Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi
kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang
pergerakan.
Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan
lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar
untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah
kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan
mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang
berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah
kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta
membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan
semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan.
Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi
kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga
sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap
ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana
pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan
daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada
dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi
kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak
matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu
ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika
ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan
ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula
berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan
telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh
melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan
menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16.
Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita
perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk
sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta.
Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini
bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah
boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri.
Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu
seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem
usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan
pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air
masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran
hijau.
Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18.
Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah
dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita
dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan
juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin
meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia
bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses
bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang
boleh menyebabkan berdarah.
Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19.
Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim
untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan
berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang
mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan
kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu
akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut.
Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu ke-20.
Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan
kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta
imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang
dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan
lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara
kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan
cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan
yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan
cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah
gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan
ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap
merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian
lain.
Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak
perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan.
Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat
penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang
boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari
memakai kasut bertumit tinggi.
Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi
kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif.
Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan,
tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah
boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran
untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi.
Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan.
InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar
lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini
tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga
terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini
amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit.
Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi
bertambah gebu, licin dan lembut.
Pada minggu ke-24
pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan
perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah
secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan
kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi
akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan
dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana
tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26
ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi
menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk
mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam
penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian
muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk
keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai
pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang
mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya
sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia
sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar
peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan
tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian
yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Kini masuk minggu ke-28,
bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang
ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok
dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga
telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga
mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang
pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan
kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah
kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita
cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif.
Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang
berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih
besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan
semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak
sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga
telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak
berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang
cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur
awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan
letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir
ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita
hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala
pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas
timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang
badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32
pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai
1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah.
Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan
berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia
mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu
risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan
mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa
parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat
apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan
antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu
mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar
pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang
membesar.
Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini
telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5
cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga
sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di
bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada
diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air
kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing
apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan
gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan
menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman
pelvik untuk menguatkan rahim.
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula
sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu
mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan
di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau
“varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan
saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa
perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang
pergerakan.
Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi
mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan
semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan
kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan
bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari
tangan dan kaki.
Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat
merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan
menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39,
saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita
sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran
kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita
perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan
diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan
memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa
tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit
gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita
dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah
51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.