Gambar di atas adalah Lady Gaga, bukan tiruan atau klon. Gambar ini ketika menghadiri majlis MTV VMA 2011 di Los Angeles.
NAMA Lady Gaga memang tidak boleh dipisahkan dengan imej pelik yang sering diperkenalkannya.
Terkini, Lady Gaga membuat kejutan apabila muncul dengan imej jantan lengkap dengan pakaian lelaki dan bermisai.
Ketika menghadiri acara MTV VMA 2011 baru-baru ini, Lady Gaga tampil dengan imej tersebut.
Menariknya, setiap inci pada tubuh penyanyi kelahiran New York, Amerika Syarikat itu diberi penelitian.
Sumber menjelaskan bahawa dia hadir ke majlis itu dengan mengenakan kemeja hitam dengan jambang palsu dan berseluar dalam berjenama Armani.
Dia turut melengkapkan penampilan 'macho' itu dengan alat kelamin palsu di sebalik seluar dalamnya.
"Aku dari New Jersey. Keluargaku dari Palermo, Sicily. Aku bukan penyanyi, model, aktor atau siapa-siapa kerana aku hanya seorang lelaki biasa," tutur Lady Gaga ketika majlis tersebut.
0 comments:
Post a Comment
Dah Baca? Tinggalkan komen anda...