Istana Negara yang terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur telah digunakan selama 83 tahun melabuhkan tirainya pada 15 November 2011. Istana ini telah menyaksikan pertabalan seramai 7 daripada 13 Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Bangunan yang bewarna putih mempunyai dua buah kubah emas amat tidak asing kepada setiap pengguna jalan raya yang melalui Jalan Syed Putra secara rasminya menyaksikan satu Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 15 November 2011 tersebut.
Serentak dengan itu, Istana Negara baru yang terletak di Jaolan Duta dengan rasminya menjadi istana baru bagi Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang akan tamat tempoh jawatannya, mencatat sejarah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang terakhir mendiami istana di Jalan Syed Putra.Di sinilah berlangsungnya pelbagai istiadat merangkumi upacara mengangkat sumpah jawatan dan taat setia oleh Perdana Menteri, para menteri dan ketua hakim.
Istana ini juga menyaksikan beratus-ratus diplomat Malaysia menerima suratcara perlantikan untuk berkhidmat di luar negara dan menerima mengadap Perdana Menteri negara serta Pesuruhjaya Tinggi dan duta dari negara asing yang ditauliahkan ke Malaysia.Manakala beribu-ribu rakyat Malaysia berkongsi kenangan hidup apabila menghadiri upacara pengurniaan bintang dan darjah kebesaran di Istana Negara.
SEJARAH
Istana ini tersergam indah di kawasan seluas 11.34 hektar di tepi Bukit Petaling mengadap Jalan Syed Putra. Sebelum ini dikenali sebagai Lornie Drive, sebuah bangunan di tengah ibu kota yang menggamit perhatian sesiapa sahaja.Bangunan ini menjadi lambang keagungan rakyat Malaysia kerana ia tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah banglo yang dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan merupakan sebuah rumah kediaman seorang jutawan dari China bernama Chan Wing. Banglo ini dibina oleh firma senibina terkenal Swan & McLaren , ia diduduki oleh jutawan itu bersama keluarganya sehinggalah tercetus Perang Dunia Kedua, menurut majalah Tell.Jutawan tersebut telah melarikan diri ketika Jepun memerintah Malaya dan pihak Tentera Jepun telah merampas banglo tersebut dan menjadikannya sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun sejak tahun 1942 sehingga 1945.Sebaik sahaja Jepun tidak lagi berkuasa di Tanah Melayu, keluarga Chan Wing telah kembali pada tahun 1946.Mereka tidak menduduki banglo itu sebaliknya ia menjadi milik kepada British Malayan Administration (BMA) untuk digunakan sebagai mes pegawai kanan.
Banglo itu bertukar milik apabila Kerajaan Negeri Selangor membelinya dan selepas diubahsuai ia dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor ketika itu Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.Sekali lagi bangunan ini bertukar milik pada 1957 apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM1.4 juta untuk dijadikan tempat bersemayam Yang Di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.
Sejajar dengan kedudukannya diisytiharkan sebagai Istana Negara, kediaman rasmi pemerintah tertinggi negara, sejumlah RM3208,000 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengubahsuai bangunan sesuai sebagai tempat bersemayam raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.
Kepakaran arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale digunakan dari sudut rekaan, sementara pengubahsuaian pula dilakukan oleh kontraktor tempatan, proses kerja-kerja menaiktaraf tidak mempengaruhi struktur utama bangunan itu.Pengubahsuaian itu mengambil masa selama empat bulan sahaja dan menyaksikan jumlah penambahan bilik dari13 kepada 20 bilik, dapur untuk menampung 100 orang, balai mengadap, empat bilik tetamu, dua balai kemasukan dan satu dewan santapan.
Sekitar tahun 1980-an, Istana Negara sekali lagi membuat pengubahsuaian besar-besaran dengan penambahan Balairong Seri Utama yang menempatkan singgahsana. Ini adalah kali pertama singgahsana diletakkan di Istana Negara di mana sebelum ini pertabalan Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman terletak di Jalan Ampang. Penambahan singgahsana ini bertujuan mengangkat martabat Istana Negara telah dibina di bawah pengelolaan arkitek Jabatan Kerja Raya, Kapt David Wee dengan berasaskan kepada alat kebesaran diraja.
Istana ini dibina tujuh tingkat dan bertiang tujuh, diperbuat daripada kayu cengal yang diukir indah dan halus melambangkan alam semesta yang mempunyai tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi .Sebaik siap Balairong Seri Utama ini, pertabalan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-tujuh telah diadakan di sini pada 1980.
Istana ini memiliki beberapa bilik utama sesuai dengan setiap upacara yang dilakukan iaitu Singgahsana Kecil, Dewan Mengadap, Bilik Duta, Bilik Permaisuri dan Balairong Seri.
Bagi bilik Singgahsana Kecil, ia digunakan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri, Istiadat Mengadap dan Menerima Watikah Perlantikan TYT Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Luar Negara.
Selain itu, ia digunakan semasa Istiadat Menerima Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia oleh Ketua Hakim Negara serta Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh menteri dan timbalan menteri.
Untuk bilik yang telah dikhususkan sebagai 'Dewan Mengadap', ia merupakan tempat bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima mengadap tetamu kehormat seperti ketua-ketua negara dan lain-lain tetamu kenamaan.
Merupakan dewan yang kedua di tingkat bawah, Dewan Mengadap juga digunakan sebagai ruang rehat oleh Sultan-sultan, Raja-raja dan Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-yang di-Pertua Negeri semasa persidangan Majlis Raja-raja diadakan di Istana Negara.
Istana Negara juga turut mempunyai Bilik Duta di mana ia merupakan tempat bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Perdana Menteri negara serta Pesuruhjaya Tinggi dan duta dari negara asing yang ditauliahkan ke Malaysia.
Sementara itu, Bilik Permaisuri merupakan tempat di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima mengadap tetamu-tetamu kehormat.
Bagi bilik yang menempatkan Balairong Seri pula, ia digunakan bagi menjalankan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Bintang-bintang dan Pingat-pingat Persekutuan, Hari Keputeraan dan acara berkaitan dengannya.
Selain itu, ia juga digunakan sebagai Dewan Santapan semasa Majlis Santapan Negara meraikan Ketua Asing yang membuat lawatan negara, Majlis Santapan Memuliakan Mesyuarat Raja-Raja dan sebagainya.