Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

13/11/2011

Janda kesepian ditangkap khalwat



Nampaknya kes khalwat ni masih terus meningkat, mungkin hukuman yang diperuntukkan sekarang masih belum mampu membendung masalah ini. Agaknya kalau hukuman dinaikkan, adakah kejadian ini dapat dibendung? Jawapannya, tidak. Ini adalah kerana selagi hukuman yang ditetapkan oleh Allah tidak dilaksanakan, selagi itu masalah ini tidak dapat di atasi.

Baru-baru ini, seorang wanita berstatus janda ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Bangladesh. Wanita yang dikenali dengan Z ditangkap dengan T di rumah Z. Orang sekitar yang dah naik berbulu tengok perangai janda ni terus membuat aduan kepada Pej Agama. Akhirnya Z dan T telah ditangkap dan ketika tangkapan, terdapat anak saudara Z bernama N tinggal bersama di rumah tersebut.



N mengatakan baru setahun tinggal bersama makciknya di rumah tu tapi dia cakap makciknya dah lama tinggal bersama T. Dia tak berani tegur dan buat aduan kepada Pej Agama kerana memikirkan dia hanya menumpang di rumah tu. Jika dia buat aduan mungkin makciknya agak menghalau dia keluar. Tapi dia tak berfikir bahawa dengan sikap begitu dia telah menumpang saham bersama makciknya.

Z mengatakan dia dah kenal T selama 2 tahun dan tinggal serumah dengan T lebih setahun. Z telah kematian suami dan mempunyai seorang anak. Z yang janda ni nampaknya begitu gersang kerana dengan begitu dia mengajak T untuk tinggal bersama dengannya manakala T pula di ibarat seperti orang mengantuk di sorong bantal. T  juga berjaya menambat hati Z dan mengisi kekosongan  pada Z. Dalam pengakuan yang dibuat, Z telah 4 kali bersetubuh dengan T dan pengalaman yang ada pada Z membuatkannya tidak hamil.

Pasangan ini telah dibicarakan di bawah kesalahan khalwat seksyen 27(1)(a)(b) dan dikenakan hukuman RM1600 @ 6 bulan penjara setiap seorang. Manakala 2 minggu selepas itu, dijatuhkan hukuman persetubuhan luar nikah seksyen 23(1)(2) dan Z dikenakan hukuman RM4500 @ 4 bulan penjara manakala T kena hukum RM3500 @ 5 bulan penjara. Sebaik jatuh hukum, pasangan terus membayar denda. Walaupun kedua-dua bekerja kilang dan mempunyai gaji bawah RM1000 tapi masa bayar denda macam orang gaji RM10,000 je. tengok dari air muka pun macam orang yang tak bersalah dan tak timbul pengisafan langsung. Anak saudara Z yang  bernama N dikenakan hukuman RM1000 @ 6 bulan penjara atas kesalahan subahat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons