Surat dari pihak Afghanistan |
Di pejabat siang tadi ada orang datang pungut derma untuk anak-anak pelarian Afghanistan. Setelah membuat semakan terhadap fail yang di pegang oleh pemuda tersebut, memang sah pemuda tersebut berhak memungut derma. Tujuan saya semak dokumen bukanlah berkira untuk hulur derma tapi bagi memastikan derma yang dihulur memang sampai kepada orang yang berhak. Lagipun sekarang ni memang ramai sangat orang yang pungut derma dan ada yang hanya masuk ke dalam poket pemungut. Erti kata lain menipu.
Surat Kebenaran Dari Majlis Agama Terengganu |
Surat Kebenaran Dari Jabatan Agama Johor |
Surat kebenaran ini bagi membuktikan bahawa pemungut diberi kebenaran memungut derma di negeri tersebut sahaja dan hanya surat tersebut mempunyai tempoh sah laku.
Resit yang dikeluarkan oleh Masjid Mutiara Rini |
Setelah membuat pungutan, pemungut derma perlu mengisytiharkan kepada Balai Polis bagi kutipan harian.
Anak-anak pelarian dan jumlah derma hari ini |
Keadaan di Afghanistan |
Harap maklumat serba sedikit ini dapat membantu sebelum menghulurkan derma kepada sesiapa yang memungut derma. Jika masih was-was terhadap pemungut derma tersebut, buatlah aduan kepada pihak Pejabat Agama berhampiran. Pemungut derma yang tidak mempunyai kebenaran boleh didakwa di Mahkamah Syariah dan jika sabit kesalahan boleh didenda dan dipenjara.