Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

12/12/2011

Tolonglah Saya


Seorang bapa beranak 6 dijatuhkan hukuman denda RM600 atau 2 bulan penjara. Tertuduh yang tidak diwakili peguam faham akan pertuduhan yang dibaca dan mengaku kesalahannya. Tertuduh telah didakwa atas kesalahan makan dan minum khalayak ramai di bulan Ramadhan yang lalu.



Sudin (bukan nama sebenar) mengaku dan tiada bantahan dalam fakta kes yang dibentangkan. Dalam rayuan Sudin mohon hukuman ringan memandangkan kesalahan yang pertama kali dan menanggung anak yang ramai serta berpendapatan rendah. Hakim menjatuhkan hukuman setelah meneliti status Sudin sebagai seorang bapa yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anak dan ketika kejadian Sudin ditahan di kedai makan Cina(sungguh memalukan).

Setelah dijatuhkan hukuman, Sudin memberitahu Pegawai Penguatkuasa untuk ringankan lagi bayaran denda kerana hanya ada duit RM200 dan anaknya ada yang OKU. Sudin merayu-rayu terhadap pegawai tersebut supaya mohon kepada hakim untuk hukuman lagi rendah. Akan tetapi setelah berbicang dengan pihak pendakwa, Sudin tidak jadi mohon ubah hukuman kerana rayuannya setelah jatuh hukuman. Sudin juga tidak mempunyai kewangan untuk membiayai dirinya untuk membuat rayuan hukuman. Sudin begitu kesal dengan perbuatannya, nasi sudah jadi bubur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons