Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

05/11/2012

Kemalangan : Sikap Pengguna Jalanraya

 Setiap pasti ada kemalangan jalanraya yang berlaku di negara kita. Tidak kiralah samada kemalangan kecil atau kemalangan yang besar. Dimanakah punca berlakunya kemalangan ini? Adakah silap JKR yang menyelenggara jalanraya dengan betul? Silap pihak berkuasa yang menetapkan kelajuan tertentu sahaja? Silap pengguna jalanraya yang tidak mematuhi undang-undang? Jalanraya di Malaysia merupakan antara jalanraya yang terbaik di dunia. Betulkah penyataan ini? Memang betul kerana ia menyatakan ANTARA, bukannya paling baik. Ini bermaksud ada lagi yang paling baik dalam yang terbaik. Kelajuan yang ditetapkan oleh kerajaan adalah bersesuaian dengan suasana persekitaran sesuatu kawasan. Bukankah merbahaya sekiranya kawasan kampung ditetapkan dengan kelajuan 110km/j. 


Terdapat pengguna yang mengatakan halaju 110km/j untuk lebuhraya tidak sesuai memandangkan sekarang kenderaan yang dikeluarkan begitu tinggi kuasanya. Bayangkan kereta yang berkuasa 2.5cc dipandu dengan kelajuan 115km/j, aku rasa mesti pemandu akan merasa seperti kereta tersebut tidak bergerak. Terdapat juga yang membandingkan dengan negara luar yang mana di negara tersebut tidak ditetapkan halaju maksimum bagi lebuhrayanya. Perlu diingatkan, negara kita bukanlah sebuah negara yang luas dan mempunyai jarak perjalanan yang panjang. Negara kita tahap jalanraya yang tinggi adalah lebuhraya Utara Selatan yang menghadkan kelajuan sehingga 110-120km/j. Negara luar, mempunyai kawasan yang lebih luas dan jarak perjalanan yang lebih panjang. Jalanraya juga bukan seperti negara kita, di sana terdapat kawasan yang menetapkan kelajuan minimum untuk jalanraya yang atas lagi daripada lebuhraya.Lebuhraya adalah kawasan yang menetapkan kelajuan minimum bagi negara tersebut. Contohnya, kelajuan minimum 110km/j. Pemandu yang memandu kurang daripada 110km/j akan disaman. Negara tersebut juga mempunyai jalanraya yang terdapat had maksimum sama seperti negara kita. Dengan demikian, bagi pemandu yang ingin memandu sehingga jejak meter perlu memandu di jalanraya yang lain. Keadaan ini memang berbeza dengan negara kita. Aku bukan hendak mempertikaikan halaju yang ditetapkan tetapi bagi menjelaskan pertikaian pihak-pihak tertentu. Aku tidak berpihak pada mana-mana.

Sebenar-benar punca kemalangan yang berlaku adalah sikap pengguna jalanraya. Kebanyakan pemandu tidak mengambil berat terhadap pengguna jalanraya yang lain termasuklah penunggang basikal, motosikal dan penjalan kaki. Lebih-lebih lagi pemandu kereta. Wah, bukan main berlagak lagi apabila memandu jenama kereta mahal. Seolah-olah orang lain perlu menghormati dan memberi jalan kepadanya. Mereka adalah raja jalanraya. Namun bagi aku, memang pantang apabila orang bersikap sebegitu. Tiada ruang bagimu. Dalam keadaan jalan penuh sesak pun masih ada kereta yang keluar memotong barisan dengan harapan kereta dari arah bertentang akan memberikan ruang kepadanya. Mereka tidak pernah berfikir sekiranya kenderaan dari arah bertentang tidak mengelak, ke manakah arah hendak dituju. Jika diteruskan akan melanggar kereta hadapan manakala jika menghimpit ke kiri semula akan melanggar kereta lain. Namun nafsu lebih menguasai fikiran.
  Sama juga keadaan di persimpangan, biasanya simpang tiga atau empat yang tiada lampu isyarat dan hanya berpandukan papan tanda berhenti. Aku rasa kerajaan patut buang sahaja papan tanda tersebut, membazir memacakkan tiang. Sebab apa aku mengatakan sedemikian? Ini adalah kerana daripada pemerhatian aku sendiri, kenderaan yang hendak keluar dari simpang mempunyai perasaan tidak sabar.Dalam kenderaan di jalan lurus pun masih berebut hendak keluar, seolah-olah tidak memikirkan risiko yang berlaku sekiranya kenderaan lain tidak memberikan ruang. Ketika hendak keluar, punyalah laju memecut tetapi apabila telah berjaya keluar dipandu lebih perlahan daripada siput. Suka menyusahkan pengguna yang lain. Apabila berlaku kemalangan, disalahkan kenderaan di jalan lurus yang tidak memberikan ruang. Ingatlah ye, setiap kenderaan yang keluar dari persimpangan perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan yang bakal berlaku. Bukannya pengguna di jalan yang lurus. saman yang dikeluarkan terhadap pengguna yang keluar daripada simpang walaupun kenderaannya melanggar belakang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons