11/11/2012 yang lalu aku berpeluang berkunjung ke Aquaria KLCC. Mujur masa pergi belum hujan lagi. Bayaran tiket yang dikenakan terhadap pemegang Mykad RM35 dewasa dan RM25 kanak-kanak berusia 3-12 tahun. Bagi pakej pula iaitu 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM99 sahaja. Puas dapat berjalan di dalam tempat tersebut sambil melihat dan menikmati hidupan di lautan.