Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

04/10/2011

Bahana Meninggalkan Solat


SUBUH

Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun.  Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia.  Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.  MasyaAllah...7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

ZUHUR

Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.  Sedangkan membunuh seorang islam pun kita akan dicampakkan ke neraka.  Bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim.  Betapa azabnya kita.  Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat zuhur yang mana jika dilakukan 15 minit pun tak sampai.

ASAR

Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah.  MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat islam?  Renungkan berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka'abah?

MAGHRIB

Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.  Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini...Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

ISYAK

Allah SWT berseru kepada mereka ''Hai orang meninggalkan  solat Isyak,bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatKu, segala yang telah digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."  Sahabat Oh! Uslam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas.  Adakah udara itu diredhai Allah SWT?  Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons