Pages

12/11/2011

6 Ramuan Kritikal

Terdapat 6 jenis ramuan kritikal yang perlu pengguna Islam ketahui :-
1)Lemak dan Minyak.
 
-Banyak digunakan dalam makanan.

-Meningkatkan rasa makanan.
-Shortening nama komersial bagi lemak dan minyak.
-Digunakan dalam biskut, pizza, puding krim dan lain-lain.
-Sumber : tumbuhan dan haiwan.

2) Pengemulasi.
 
-Digunakan untuk mencampurkan air dan minyak.
 Jika tidak, minyak dan air akan terasing.
-Contoh : lecitin, monoglycerides dan diglycerides.
  Mono dan Diglycerides
       -Gabungan lemak dan glycerol : satu (mono) atau dua (di) asid lemak.
       -Secara amnya mono dan diglycerides dihasilkan daripada minyak tumbuhan, lemak lembu atau lemak babi.
       -Contoh produk yang menggunakannya : Dalam penghasilan bakeri, minuman, aiskrim, gula-gula getah, shortening, whipped toppings, majerin dan hasilan konfeksi.

3) Penstabil

-Menghasilkan kestabilan dan tekstur pada produk.
  Contoh : Agar-agar, puding, minuman susu bercoklat, jelly dan salad dressing.

-Contoh penstabil : Gum, kanji, dekstrin, pektin, amilose, gelatin, karagenan.
   Gelatin
   -Dimanakah gelatin digunakan?
          RAMUAN MAKANAN 62%
          FARMASEUTIKAL & KOSMETIK 42%
          FOTO & BAHAN INDUSTRI 24%
          IMT GREEN BONE = 45KG GELATIN

  Apa itu Gelatin
  -Gelatin adalah sejenis protien, tidak mengandungi karbihidrat dan lemak yang ditapis dari kolagen semulajadi daripada tisu haiwan.
  -Gelatin diperbuat daripada kulit khinzir, lembu dan ikan, bahagian (spilts) lembu dan tulang khinzir, lembu dan ayam.

 Pengeluaran Gelatin Dunia -tahun 2005 (metric/tan)
       Kulit khinzir - 124,400
       Kulit lembu  -   84,400
       Tulang         -   79,200
       Ikan            -     3,000
       JUMLAH   = 291,000

 Aplikasi Gelatin
 - Ramuan makanan
    Fungsi sebagai pemekat, penstabil, mengeraskan dll.

 - Farmaseutikal & kosmetik.
   Agen pembentukan dan salutan tablet & pil, asas, vaksin dan juga span pembedahan, bahan campuran losyen, krim dan produk kosmetik.

 - Fotografi.
    Gel sokongan untuk salutan negatif filem.

 - Industri.
    Percetakan, industri kertas, mancis & kayu, plastik & getah, bahan bina.

  Alatan Yang Mengandungi Gelatin

  Bahan Pengganti Bagi Gelatin
  - Agar
  - Pectin
  - Carragenan
  - Xanthan gum
  - Modified corn starch
  - Cellulose gum

  Makanan Dan Produk Lain Yang MUNGKIN Mengandungi Gelatin
  - Gula-gula getah
  - Toffe
  - Jeli
  - Pencuci mulut segera
  - Jem, marmalade dan sapuan lain
  - Ikan dan udang
  - Produk penjagaan rambut
  - Jenis-jenis konfeksi
  - Jus buah
  - Dadih buah
  - Minuman susu masam
  - Aiskrim
  - Keju / mentega / marjerin rendah lemak
  - Produk penjagaan kulit

4) Enzim
- Enzim adalah sejenis protien yang terdapat dalam setiap organism hidup. Ia membantu percepatkan kadar sesuatu tindakbalas biokimia.
- Enzim banyak diguna dalam industri makanan contohnya proses pembuatan keju menggunakan enzim  rennin, diekstrak daripada perut anak lembu.
- Enzim boleh diperolehi daripada haiwan, tumbuhan, bakteria, kulat dan yis.
- Sumber enzim haiwan (lipase, rennet, trypsin catalase) mungkin mengandungi antibiootic dan steroid yang dapat memberi kesan buruk terhadap kesihatan.
- Sumber enzim tumbuhan (A-amylase, Bromelain, Papain)
- Sumber enzim bakteria (Protease, Penicilin, Glucose Isomerase)

  Aplikasi Enzim
  - Pemprosesan Makanan
     Amylase, Protease, Lipase, Selilase, Zimase, Renin, Papain, Trypsin.
  - Industri Pembuatan
     Bir - Amylase, Glucanase, Betaglucanase, Arabinoxylase.
  - Jus Buah-buahan
     Cellulase, Pectinase
   - Industri Tenusu
      Rennin/ renet (kimo sin) contoh dalam pembuatan keju, Lipase, Lactase, Papain
   - Industri Kertas
     Amylase, Xylanase, Cellulases, Ligninases
   - Industri Biofuel
     Cellulase

  Produk Hasilan
 - Aiskrim, yogurt, keju, produk jeli, minuman susu, coklat, gula-gula dan lain-lain.

5) Glycerin
- Dihasilkan dari lemak atau minyak haiwan bersumberkan tumbuhan atau dari bahan petrokimia (sintetik) tapi biasanya daripada haiwan.
- Glycerin banyak digunakan dalam minuman, bahan gunaan seperti ubat gigi, syampu dan sabun.

6) Alkohol
- Sejenis minuman keras / arak merupakan najis.
- Kerap digunakan dalam masakan, produk aiskrim, salad dressing dan beberapa jenis sos.
- Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-22 pada November 1988 telah menetapkan paras etil alkohol yang dibenarkan dalam minuman ialah 0.01%.

    Kandungan Alkohol Dalam Minuman
    Curry Sauce - 0.07% v/v
    Barbeque Sauce - 0.09% v/v
    Lea & Perrins - 0.1& v/v
    Rice Vinegar - 0.1%
    Asian Sesame Dressing - 0.22% v/v
    Yee Tonic (Ten Shae Theng) - 0.5%
    Teriyaki W.J.S - 1.5% v/v
    Carbonated Drink - 2.0% v/v
    Clear Soy Sauce (Ajinamoto) - 3.9% v/v
    Kikkoman Teriyaki Marinade & Sauce - 4.1% v/v
    Gourment Cookng (Shao Hsing Hua Tiao Chiew) - 17.6% v/v
    Minuman Malta 'Barbican' - 0.50% v/v

    Kandungan Alkohol Dalam Bahan Gunaan
    Cough Syrup (Medicine) - 4.8% v/v
    Mouth Wash A (Personal Care Product) - 18% v/v dan 35% v/v


SUMBER : Unit Pengurusan Halal JAJ