Cara Membasuh Uri
Uri adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin.Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim.
Bagi masyarakat Muslim, uri tersebut akan diberikan oleh pihak hospital kepada si ayah atau ahli keluarga yang lain untuk dibersihkan dan ditanam. Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Berikut adalah cara menanam uri untuk panduan semua:
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbusla.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
hostgator coupons