Orang cakap rambut sama hitam, hati lain-lain. Bagi aku biar rambut hitam jangan hati pun sama hitam. Masuk tahun ini dah hampir dua tahun aku berpindah ke pejabat lama aku yang dulu di M. Sebelum ini aku berulang alik hampir 300 km setiap hari dari M ke K dan masa aku banyak dibuangkan di atas jalanraya anggaran 3 jam. Maklumlah jalan lama. Setiap hari aku berlumba dengan kereta-kereta, lori-lori panjang dan pendek termasuklah bapa lori, atuk lori. Pada bulan-bulan terawal aku berulang alik, agak kekok juga hendak menempuhi perjalanan sebegitu. Alah bisa tegal biasa. Aku semakin mahir jalan-jalan tersebut dan selekoh atau lencongan mana yang aku patut lalui.
Kehidupan di pejabat tersebut bagi aku agak menyenangkan dan memudahkan kerja aku. Biasalah, kerja di tempat orang, bukan ramai pun orang yang kita kenal. Apa yang kita cakap, apa yang kita buat tidak kisah pun. Lagipun, kurang kakitangan yang hendak menjaga kain orang yang dikoyakkan. Kalau kain yang terkoyak pun, lantak lah. Siapa kisah. Aku dengan dunia kerja aku sendiri. Setiap kes yang mendatanng, aku tidak gentar walaupun aku baru saja menjawat jawatan tersebut. Dua bulan aku berguru dengan seorang senior walaupun dia di bahagian lain tapi pengalamannya yang penting bagiku.
Hinggalah pada hujung tahun ketiga aku bertugas di K, ada rakan sejawatan aku membuat tahi di daerah M. Setelah bos-bos besar berbincang dan bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku, aku ditukarkan ke M dan rakanku itu ditukarkan ke K. Aku menerima berita tersebut dengan gembira. Jimat masa dan tenaga aku setiap hari lepas ini. Langit tidak selalunya cerah. Rakanku itu mula mengadu domba dan membuat fitnah mengatakan bahawa aku menghasut bos untuk memindahkan kami. Sehingga dia membuat surat kepada Pengarah bahawa timbulnya konspirasi dalam hal ini. AKu tersentak mendengar berita tersebut dan mengucap panjang. Aku fikirkan perkara itu tidak berpanjangan, rupanya habis difitnahkan aku merata. Di daerah M jangan ceritalah. Aku pun tidak tahu apa silapnya dia ini. Walaupun aku masih berada di K namun pemberi maklumat aku tetap menyampaikan cerita padaku. Bukan aku mengupah pengintip tapi ada orang yang ikhlas membantu.
Akhirnya aku mendapat surat rasmi yang mengarahkan aku melaporkan diri di daerah M. Aku menyangkakan kakitangan di M telah berubah, maklumlah ramai yang dah meningkat usia. Bak kata, rumah kata pergi kubur kata mari sini sayang. Hahaha. Pada hari pertama aku melaporkan diri, aku dapati pintu bilik aku berkunci. Dalam bilik tersebut hanya ada tiga orang kakitangan sahaja termasuk aku. Kerani memegang kunci tapi dia bercuti tanpa menyerahkan kunci kepada rakan lain. Aku dah jadi pelik. Sepatutnya setiap seorang memegang kunci kerana masing-masing ada kuasa untuk bilik tersebut. Aku bertanyakan kepada bos, dia jawab duduklah mana-mana dulu tapi jangan balik rumah pula. Macam tau-tau je.Hihihi. Dua hari aku merempat di bahagian lain. Terpaksa aku mencari kerja yang sepatutnya aku buat.
Masuk hari ketiga, kerani mula datang pejabat tapi dengan muka yang masam dan tidak menegur aku langsung. Lebih kuah dari sudu nampaknya. Aku buat tidak sajalah, tiada kerja aku hendak melayan orang sebegitu. Angin dia saja yang dia tau. Aku tengok-tengok fail dalam kabinet.Hm...banyak juga fail tapi belum sampai masa rasanya untuk diuruskan. Masuk hari keempat, kerani yang tidak bisu ini menjadi semakin bisu apabila memberi aku memo dan senarai fail yang perlu aku uruskan. Gilanya orang lama ini, hampir 100 fail yang dibiarkan sebegitu. Nampaknya, sejak dia dapat surat kena pindah terus tidak diusiknya fail-fail tersebut. Main kotor nampaknya. Terdapat banyak fail yang telah terlepas tarikh akhir. Aku berjumpa bos dan menunjukkan senarai tersebut dan mengatakan bahawa aku perlu bertindak tangkas dan setiap hari Jumaat aku perlu ke ibu pejabat untuk jumpa bos besar. Sebenarnya bos besar ini tidaklah besar mana cuma tinggi saja.
Setiap hari aku bertungkus lumus mengerjakan fail-fail tersebut sampai aku rasa hendak makan je fail. Tidak sempat di pejabat, aku siapkan di rumah. Aku buat perlahan-lahan asalkan selesai. Aku cuba membuka komputer, ada kata laluan rupanya dan aku tidak diberitahu tentang itu. Hm, lantaklah. Aku menggunakan komputer riba aku sendiri. Kalau komputer pejabat rosak, aku tidak bertanggungjawab sebab aku tidak sentuh pun. Hampir sebulan aku bertugas di situ, timbul pula cerita lain. Aku dituduh mencuri komputer riba pejabat yang digunakan untuk seminar. Bayang komputer tersebut haram aku tidak pernah lihat pun. Seminar lagi aku tidak terlibat. Rupanya ketika aku tiada pada hari Jumaat, kakitangan lain membuat solat hajat supaya pencuri itu dikenakan balasan oleh Allah. Sampai ada yang bawa perkara ini berjumpa bomoh dan bomoh dengan temberangnya mengatakan orang yang baru berpindahlah yang mencuri. Tidak memasal, ramai yang menuduh aku. Namun aku abaikan semua itu, sebab memang aku tau bukan aku yang buat. Aku cuba bertanyakan kepada seorang sahabat ini, dia cakap ada orang yang memandai buat cerita. Padahal kes kehilangan ini hanya beberapa orang sahaja yang mengetahuinya.
Ada pula seorang kakitangan lelaki ini yang cuba berbaik-baik dengan aku supaya failnya aku tidak lempar. Aku pada awalnya melayankan. Rupanya ada udang didalam mi. Dia memberitahu aku, ada orang takut aku balik ke M sebab aku tau rahsia orang itu. Aku sengihkan saja. Mamat ini memang periang orangnya dan mulut ramah sangat-sangat. Aku yang tidak kenal hati budinya terus melayan sahaja. Aku mula diterima baik oleh kakitangan lain walaupun ada beberapa puaka yang memang hatinya telah keras lebih dari batu.
Pada tahun ini merupakan tahun kedua aku berada di pejabat ini. Aku fikirkan langit cerah sepanjang hari, rupanya ribut petir sebelum tengah hari. Pada bulan ramadhan yang lalu, tiba-tiba ada mamat ini terus sembur aku mengatakan aku memfitnah dia. Dia cakap ada orang bagitau dia bahawa aku menjaja cerita dia takut kepada aku apabila dengar aku pindah ke sini sebab aku tau banyak rahsia dia. Aku yang tekun membuat kerja terus terdiam dan tersentak. Apahal pula dia ni. Minggu depan dah nak raya tiba-tiba meroyan. Aku sejukkan hati dulu. Beberapa minit kemudian, aku memanggil mamat tu mengadap aku. Pada mulanya dia berat langkah tapi aku paksa juga. Aku bertanya macam-macam soalan kepadanya dan akhirnya dia membuka cerita. Aku pun ceritakan apa yang tahu. Selesai sudah masalah.
Setelah mamat A ini keluar, tiba-tiba ada mamat B pula datang kepada A dan bagitau aku ada dalam bilik. B suruh A serang aku. Wah, banyak lemak kau. Rupanya B ini menjadi batu api. Memang padanlah dengan kulitnya yang dah memang hitam, hati pun sama hitam. B ini memang tidak akan masuk bilik aku kalau aku seorang sahaja yang ada. Dia cuma berani lalu dan jengah tengok aku ada atau tidak Bukannya aku makan orang pun. Aku perasan lama perkara ini. Dengan lagaknya cakap besar. Semua cerita dia tau. Berurusniaga dengan orang pejabat harga yang melampau-lampau. Kalau macam tu aku boleh buat. Bukannya orang pejabat aku ini gaji 5 angka. Mamat ini boleh pula letak harga berkali ganda. Nasib aku tidak main kotor. Kalau aku main kotor, aku up sikit je dari harga pembekal mau terduduk dia. Bukan aku nak tutup periuk nasi orang tapi agak-agaklah. Kalau nak kaya sangat, pergi berniaga di bandaraya. Lu letaklah harga tinggi-tinggi.
Tahun lepas B ini berniaga mercun tapi harga mahal. Aku potong line dengan letak harga rendah. Terus dia cakap nak tengok stok aku. Sama atau tidak dengan barang-barang dia. Sorry bro, kalau gua bawa mau lu report polis. Gua sangkut, lu senyum. Tahun ini dia jual lagi tapi senyap-senyap tanpa pengetahuan aku. Takut aku potong lagilah tu. Hahaha. Anjing takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Tahun ini aku mula menjual barang-barang kemas dengan harga yang rendah dari pasaran cuma lebih dari harga talian. Timbul pula cerita mengatakan aku menjual barang-barang tiruan, harga mahal sangatlah. Hello makcik, kalau kau taknak beli. Diam-diam sudahlah. Barang kemas sebiji pun kau tiada lagi mau hentam aku. Walaupun ada yang sakit hati, aku tetap juga meneruskan jualan dengan mengambil tempahan. Aku tidak kisah kalau ada yang membayar ansuran. Paling lama pun 5 kali saja. Lebih-lebih mana aku nak pusing modal. Upah aku pun tidak menentu, ada yang tiada upah dan semuanya lebih rendah dari kedai. Kalau beli di kedai memanglah mahal, banyak kos yang perlu difikirkan. Ada juga yang mempertikaikan lesen aku. Harap maafnya, aku mempunyai pendaftaran syarikat dengan SSM. Kalau ada yang masih mempertikaikan, aku boleh tunjukkan bukti sijil dari SSM.
Insya-Allah, jika sampai masa aku akan berhenti makan gaji dan menjaga perniagaan aku sendiri. Sekarang aku usaha mencari tapak yang kukuh. Bukan aku berlagak atau apa tapi aku sakit dan makan hati dengan mulut-mulut celupar manusia. Tidak boleh lihat orang lain hidup dengan tenang dan aman, ada sahaja yang cuba merosakkan. Biasanya orang sebegini yang ditarik nikmat oleh Allah. Orang sebegini juga biasanya yang diberi umur sepanjang-panjangnya supaya sempat bertaubat. Bukanlah aku ini orang yang sempurna sifatnya tapi fikirlah demi masa depan diri dan orang lain. Andai kita selalu menganiaya orang, suatu hari nanti jika kita kita kena mungkin keturunan kita yang mendapat balasannya. Cubalah cerahlah hati yang semakin gelap.