Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

25/11/2012

Kaut Untung Hasil Dosa Penzina - Mastika Disember 2012


Gambar di atas adalah salah satu artikel di majalah Mastika keluaran Disember 2012. Bagi yang telah membaca artikel tersebut mesti mempunyai pendapat sendiri samada menyokong dan menentang luahan Nora. Masing-masing dengan pendapat dan setiap pendapat di sokong dengan hujah yang tersendiri. Betulkan?



Aku cuba untuk bagi ulasan pendapat aku sendiri setelah membaca coretan Nora tersebut. Jabatan Agama bukanlah mengharap sangat nak makan duit Nora tu. Apa yang Jabatan Agama lakukan adalah sebagai satu amanah kerja yang diterima dan setiap hasil pun bukan masuk dalam poket Jabatan Agama tetapi masuk dalam akaun Kerajaan Negeri. Ingat suka-suka saja Jabatan Agama hendak mengambil duit dia. Hasil tersebut ke mana perginya? Tolong fikir secara positif dan terbuka sebelum membuat sesuatu andaian. Setiap hasil yang diterima akan digunakan untuk kepentingan bersama dalam membangunkan negeri dan membayar segala perbelanjaan kerajaan. Bagaimana keadaan sekiranya kerajaan tiada hasil? Anda pun akan menggunakan kawasan hutan dan kebun untuk ke sesuatu tempat, tiada infrastruktur yang akan dibina. Cuba imbas keadaan pada 80 tahun dahulu dan kebelakang. Begitukah keadaan yang anda inginkan? Tidak salah jika aku katakan Nora tidak menggunakan akal yang dikurniakan sebelum membuat kenyataan tetapi hanya menggunakan nafsu.


Dalam perenggan terakhir muka surat pertama Nora mengatakan "saya tidak hadir ke situ. Yang penting, majlis akad nikah. Itu lebih penting daripada menerima 'jemputan' jabatan agama islam." Adakah pernikahan itu wajib dijalankan segera? Rujuk fatwa yang dikeluarkan "Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya."  Kenapa aku tandakan perkataan harus? Kerana secara umumnya masyarakat akan memandangkan serong terhadap perempuan yang hamil sebelum nikah? Bagi menjaga aib, Majlis Fatwa menjatuhkan hukum harus tetapi adakah salah Jabatan Agama bertindak ketika itu? Jika dikaji dalam kitab, perempuan yang sedang hamil sebelum bernikah adalah haram bernikah sehingga melahirkan anak. Ini adalah disebabkan, supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam menetapkan nasab anak dan menjaga keturunan. 

Ada kalanya saya merasakan orang seperti kami yang terlanjur, hamil luar nikah ini bagaikan 'lubuk duit'  pejabat agama. Lihat saja, denda ribuan ringgit. Senang, kan nak cari dana untuk jabatan agama.

Ayat ini aku telah huraikan di atas tetapi aku ingin menyatakan bahawa denda tersebut bukanlah untuk jabatan agama sahaja sebaliknya setiap hasil yang diterima oleh kerajaan akan dikumpul sebelum diagihkan mengikut jumlah keperluan tahunan. Sekiranya anda ada saudara mara yang bekerja di dalam Kerajaan Johor, gaji yang diterima juga merupakan gabungan daripada denda yang anda bayar. Kalau anda menganggap duit anda haram diterima oleh jabatan agama, maka haram jugalah saudara mara anda menerimanya. 

"Saya bersyukur, Allah berikan peluang untuk saya dan suami kembali ke pangkal jalan. Namun, sistem perundangan ciptaan manusia yang memakai songkok dan serban inilah yang sering menyukarkan perjalanan golongan kami ini, yang terlanjur dan berdosa.
Ya, kami berdosa. Terlanjur angkara nafsu menguasai diri. Saya akui itu kesilapan kami. Tapi, apabila kami pulang ke pangkal jalan, memperbetulkan kesilapan itu, denda ribuan ringgitkah yang harus menjadi taruhannya?"

Cukupkah taubat yang dibuat? Adakah taubat yang dilafazkan betul-betul dari hati? Bagaimana cara taubat yang dilakukan? Adakah setelah bertaubat segala dosa yang zina yang dilakukan akan dilepaskan daripada hukuman? Adakah denda yang dikenakan tidak memuaskan hati Nora? Sekiranya dia benar-benar tidak berpuashati, buatlah rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Ingatlah bahawa kesalahan yang dilakukan adalah dua kali bukannya sekali. Jika diikutkan hukum hudud, dia dikenakan sebat sebanyak 100 kali dan dibuang daerah selama setahun bagi satu kesalahan. Mampukah dia alami sebatan tersebut? Jangan hanya cakap kosong sahaja.

Cuba tengok pada Nota Pengarang, kelihatan pengarang turut memihak kepada Nora bukannya memberikan ulasan berdasarkan sirah.

Aku cuba bawakan beberapa kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Kisah ini adalah lebih kurang kisahnya dengan Nora.

Dalil daripada hadits Nabi s.a.w.:
“Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Ada seorang lelaki (Maiz bin Malik Al Aslam) datang kepada Nabi s.a.w. ketika baginda sedang di masjid, katanya: Ya Rasulullah, saya berzina. Mendengar ucapan itu Rasulullah berpaling darinya. Tetapi orang itu mengulang-ulang perkataannya, bahkan bersumpah pula. Maka Nabi s.a.w. memanggilnya dan bertanya: Apakah engkau berzina Muhsan?, jawabnya: Benar. Nabi s.a.w. bersabda: Bawalah orang ini dan rejamlah!”

Jika yang berzina itu Ghairu Muhsan, jika sabit kesalahan maka hukumannya 100 sebatan dan dibuang negeri (sejauh perjalanan solat qasar atau melebihi 2 marhalah) selama satu tahun. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman”. (An Nur : 2)

Dalil dibuang satu tahun berdasarkan sabda nabi s.a.w.:
“Zaid bin Kholid r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya orang yang zina ghairu muhsan, didera seratus kali dan dibuang satu tahun …..”. (Hadits riwayat Bukhari)

Ibnu Syihab berkata : Pernah aku diberitahu oleh Urwah bin Azzabair, bahawa Umar bin al-Khattab membuang orang berzina. Sesudah itu turunlah sunnah Rasulullah yang demikian.

“Ubbadah bin Askshomit r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Jejaka berzina dengan gadis, hukumannya seratus kali dan dibuang selama satu tahun”.

Pembuangan harus dilakukan paling dekat jarak sah solat qasar atau lebih jauh jika perlu. Hal ini tidak ada beza di antara lelaki dan perempuan. Tetapi pembuangan untuk wanita harus disertai dengan mahramnya.

Baca selanjutnya disini.

Kisah lain disini.

Sesungguhnya Allah SWT maha Pengampun dan Penerima taubat terhadap dosa hamba-hambanya walau sebesar mana sekalipun. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Bertaubatlah bila kita melakukan apa-apa dosa. Ikuti kisah taubat seorang wanita yang telah melakukan zina pada zaman Nabi saw.

Imran bin al-Husain al-Khunza r.a menceritakan bahawa terdapat seorang wanita dari Juhainah yang datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan hamil kerana berzina. Ia berkata, “Wahai Rasulullah! Aku telah melanggar batas. Maka tegakkanlah hukum terhadapku.”

Kemudian Nabi memanggil salah seorang walinya agar memperlakukannya dengan baik. Beliau berkata, “Perlakukan dia dengan baik. Jika ia telah melahirkan maka bawalah dia kepadaku.” Maka ia melakukannya. Nabi pun memerintahkan untuk menghadirkan wanita tersebut. Lalu bajunya diikatkan pada tubuhnya.

Lalu beliau memerintahkan agar wanita itu direjam. Kemudian  Rasulullah saw menyembahyangkannya. Umar r.a berkata kepadanya, “Apakah engkau mensolatkan dia wahai Rasulullah? Sedangkan ia telah berzina?” Rasulullah saw bersabda, “Ia telah melakukan taubat dengan taubat yang apabila dibahagikan kepada 70 penduduk Madinah, nescaya mereka semua akan mendapatkan bahagian. Apakah engkau mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada ia yang telah menyerahkan dirinya kepada Allah?” (Imam Muslim)

Lagi disini

Wallahu 'alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons