Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

19/09/2011

keajaiban dunia di Shenzen

TERSERGAM...Eiffel Tower antara tarikan pelancong ke Shenzen.
TERSERGAM...Eiffel Tower antara tarikan pelancong ke Shenzen.
KUNJUNGAN ke Shenzen, sebuah daerah menarik di selatan China, antara pengalaman yang tidak lekang di ingatan mereka yang pernah berkunjung ke daerah itu.

Paling seronok apabila melihat anak teruja ketika melawat sebuah taman diberi nama ëSplendid of Chinaí yang juga dikenali sebagai jendela dunia atau ëWindows of the Worldí.

   
  • Foto Caption...banggunanDiwang adalah yang 
    tertinggi di Shenzen.
  • Foto ENAK...antara makanan halal dihidangkan di sebuah restoran di Shenzen.
  • KENANGAN...bersama suami dan anak di depan Piramid ëtiruaní.
  • Foto
Pada mulanya, justeru sebelum berangkat ke Hong Kong dan Shenzen, hati risaukan anak bongsu kami, Muhammad Amirul Hariz yang baru berusia setahun lebih. Bahkan, ia juga kali pertama penulis dan suami membawanya ke luar negara.

Memandangkan penerbangan mengambil masa empat jam tanpa henti dan suhu di sana dijangka di bawah 20 darjah Celsius mungkin boleh menyebabkan dia meragam kerana tidak selesa atau demam sepanjang percutian.


Bagaimanapun, sangkaan kami meleset kerana dia langsung tidak meragam atau menunjukkan sebarang tanda tidak sihat sepanjang di sana.

Melihat kelincahan dan keriangannya sepanjang melancong itu, penulis merasakan percutian itu sangat bermakna, ditambah dengan perjalanan disusun rapi oleh agensi pelancongan iaitu Saidina Travel & Services Sdn Bhd sangatberbaloi untuk percutian keluarga.

Walaupun percutian ini empat hari saja, kami tujuh sekeluarga bersama beberapa keluarga lain sungguh seronok kerana dibawa melawat banyak tempat menarik di Shenzen.

Untuk penukaran mata wang, walaupun Shenzen dan Hong Kong di bawah pemerintahan Republik China, mata wang digunakan berbeza. Di Hong Kong, mereka menggunakan Hong Kong Dollar, yang mana RM1 bernilai lebih dua Hong Kong Dollar ketika itu. Manakala di Shenzen, mereka menggunakan mata wang Yuan iaitu dua Yuan bernilai lebih kurang RM1.

Hari pertama lawatan, penulis dan rombongan dibawa ke Shenzen dan menikmati makan malam serta tengah hari di restoran halal yang menyediakan masakan Muslim China yang menyelerakan. Selain itu, disajikan persembahan tarian dan nyanyian daripada penyanyi China berpakaian ala Timur Tengah dengan iringan muzik.

Sesuatu yang dipelajari, sesiapa yang ingin berkunjung ke lokasi itu dinasihatkan membawa sedikit makanan dari Malaysia kerana sarapan pagi di hotel-hotel tidak menyediakan makanan Muslim.

Antara tempat menarik di Shenzen yang tidak dapat dilupakan adalah lawatan ke sebuah taman diberi nama Splendid of China atau dikenali sebagai ëWindows of the Worldí.
Ini kerana taman ini menyediakan replika tempat atau bangunan terkenal seluruh dunia, bahkan tersenarai antara tujuh keajaiban dunia diwujudkan di situ seperti Piramid, Angkor Wat, masjid serta gereja ternama seperti London Bridge, Eiffel Tower, Air Terjun Niagara dan Gunung Fuji.

Detik hati terus terfikir apabila betapa rakyat di negara berkenaan tidak perlu berbelanja besar ke negara Eropah atau Timur Tengah kerana segala-galanya ada di negara sendiri.

Leka bergambar di depan Piramid yang terkenal di Mesir dengan unta yang jinak ditunggangi Arab Badwi segera mengingatkan kita akan akar umbi sejarah hidup di Tanah Arab dulu kala.

Begitu juga dengan replika Eiffel Tower seolah-olah bangunan sebenar yang berdiri megah di Perancis, membuatkan sesiapa saja yang pernah mengunjungi pusat rekreasi itu merasakan seolah-olah berada di kota Paris. Banyak lagi pemandangan menakjubkan apabila mengunjungi tempat berkenaan, bak kata orang bagaikan anda sudah menjelajah seluruh tempat menarik di dunia.

Kami turut dibawa melawat ke taman tradisional Cina atau Cultural Village, di mana ada perkampungan mini setiap suku kaum atau etnik yang tinggal di China dengan budaya serta cara hidup berbeza antara satu sama lain, baik daripada segi tempat tinggal, pakaian mahupun adat resam.

Di sini, anda dihidangkan dengan persembahan kebudayaan suku kaum Cina yang popular termasuk pertunjukan akrobatik dan opera oleh penari yang cantik dengan pakaian berwarna-warni.

Namun lebih menarik lagi apabila ke pusat beli-belah barangan jed yang tulen, sudah tentu ia antara tarikan penting, terutama kepada golongan Hawa untuk mengenali jauhari jed itu dengan lebih dekat. Bahkan, anda turut diberi pengetahuan untuk membezakan antara jed tulen dengan yang palsu.

Tidak sah kunjungan ke negara berkenaan jika anda tidak diperkenalkan dengan ubat-ubatan tradisional Cina selain tempat membeli pakaian dan tempat menarik untuk dikunjungi.

Sebenarnya, melancong ke Shenzen antara pengalaman yang tidak kurang menariknya. Ia terletak di daerah Guangdong Selatan dan berdekatan Hong Kong. Luasnya hampir 2,000 kilometer persegi dan zon ekonomi istimewa yang pertama di China. Dengan perkembangan lebih 30 tahun, kampung nelayan kecil ini berkembang menjadi bandar dengan lima juta penduduk.

Ketika bersiar-siar di bandar ini, kita akan merasakan bandar ini seperti bandar taman yang indah. Menerusi kalendar tahunan China, beberapa festival dan perayaan yang meliputi Pesta Antarabangsa Industri Kebudayaan, Hakka festival, Pengcheng Golden Autumn Festival, Chongyang Festival, Dragon Festival Seni Tari, Teater Besar Shenzhen Dameisha Internasional Festival dan Festival Patung Pasir semuanya ada di Shenzen.

Shenzen juga ada banyak bangunan pencakar langit, jalan raya yang bersimpang-siur tetapi sangat bersih dengan jajaran pokok menghijau melatari sepanjang jalan rayanya.

Di sini, yang menarik ialah banyaknya bangunan pejabat. Kita boleh berdiri di bangunan tinggi untuk menyaksikan pemandangan seluruh kota. Pasar Raya Diwang yang tingginya 383.95 meter adalah bangunan tertinggi di Shenzhen dan juga antara destinasi pelancongan, khusus untuk menyaksikan pemandangan Shenzhen dan Hong Kong dari sudut pandang paling tinggi atau disifatkan sebagai ëTingkap Shenzhen-Hong Kongí.

Ketika berkunjung ke destinasi pelancongan Pasar Raya Diwang, anda berpeluang menyaksikan banyak acara pelancongan yang turut disediakan kepada pelancong. Semua ini akan meninggalkan kenangan indah kepada pelancong.

China mempunyai pantai yang panjangnya 18,000 kilometer dan ada banyak kawasan renang di pantai indah. Kawasan Renang Xiaomeisha yang terkenal terletak di pantai Shenzhen.

Manakala pantai Xiaomeisha terletak di Teluk Dapeng, 30 kilometer di timur Bandar Shenzhen. Di pesisir pantai yang bersih ini, kita boleh berjemur di bawah sinaran mata hari, berenang dan menaiki bot getah atau bot laju di laut jika berminat.

Bagi penyelam, syurganya dapat dinikmati di laut sedalam 10 meter untuk menyaksikan pelbagai jenis ikan dan batu karang yang cantik serta boleh merakam gambar pemandangan indah ini.

Selain itu, Zoo Hidupan Liar Shenzhen menarik ramai pelancong ke sana dengan keluasan 1,200 meter persegi ia antara destinasi pelancongan yang berciri ekologi alam sekitar taman sub-tropika serta mempunyai lebih 10 ribu ekor haiwan daripada lebih 300 spesies.

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons