Seorang
duda usia 74 tahun mempunyai anak 4 orang, cucu lebih 20 orang ditangkap
khalwat awal pagi semalam. seorang pengadu yang memerhatikan lelaki tersebut
membawa perempuan masuk ke dalam rumah telahpun membuat aduan ke pejabat agama
muar. pengadu yang tidak mahu bersubahat juga menghubungi pihak polis. Ketika
penguatkuasa datang,datuk tersebut enggan berikan kerjasama sebaliknya terus
berdiamkan diri dan tidak membuka pintu. penguatkuasa masuk ke dalam rumah
melalui tingkap depan. mujur rumah jenis papan dan tingkap papan. mudah untuk
masuk melalui tingkap. setiap bilik diperiksa tapi tiada siapa. rumah gelap dan
satupun lampu yang dihidupkan. tiba-tiba
kelihatan kelibat perempuan berlari di dapur. penguatkuasa menuju kedapur dan
ternampak datuk tersebut sedang baring di atas katil. penguatkuasa mengejutkan
datuk tapi dimarahnya penguatkuasa. katanya
dia mahu tidur. datuk masih berpura-pura tidur. akhirnya penguatkuasa
menjadikan datuk untuk bangun. Dalam keadaan terpaksa dia bangun sambil
berkata,"sape buat aduan,tolong bayarkan denda ni. aku takde duit."
perempuan tu setelah diperiksa rupanya orang seberang dan janda anak 4 usia 40
tahun. malam tu dia baru datang dari KL. datang ke muar semata-mata untuk
melepaskan cinta dan nafsu. anak datuk
tesebut dengarnya orang yang kerja bagus-bagus. anak-anaknya telah menasihatkan
sebaliknya nasihat tersebut dibalas dengan kemarahan. setelah di bawa ke mahkamah rendah syariah, datuk dan
janda ttsebut dijatuhkan hukuman denda
rm1700 kalau gagal penjara 6 bulan. dah tua-tua pun masih tak ingat kubur lagi.