Sebelum ini aku hanya ternampak iklan
Burger Bakar Abang Burn saja. Masa tu memeng teringin sangat nak rasa macamana sedapnya burger tersebut sampai adik aku mengidamkannya. Peh, mesti power rasanya kan. Aku cari-cari lokasi yang ada
jajahan terdekat supaya aku dapat melepaskan keinginanku. Alamak, tiada pula yang terhampir. Sehinggalah suatu hari adik aku memberitahu di Muar akan terdapat burger bakar. Sehari selepas aku kemalangan, perasmian outlet
Muor Burger Bakar iaitu pada 11/10. Ketika aku sampai hanya terdapar satu keluarga saja yang duduk dan menunggu pesanan. Semasa aku sedang menikmati hidangan burger tersebut, terdapat lebih 5 buah kereta behenti dan membuat pesanan burger, peh memang ramai rupanya yang membeli rupanya. Rasa burger tersebut memang sedap dan harga bukanlah satu ukuran untuk menikmati hidangan.