Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

26/09/2011

Penentuan Sempadan Negara

Secara umum, Evolusi ini dipengaruhi dan terhasil akibat 2 faktor utama:

1. Penjajahan atau peperangan. Pihak yang menang akan menentukan sempadan jajahan takluk. Sebahagian negara, selepas tidak tertahan dijajah akan memberontak, dan menang dalam pertempuran. Dan mengistiharkan kemerdekaan dan sempadan mereka.

2. Perjanjian. Akibat dari pertelingkahan sempadan, dan tak mau berperang, kedua-dua pihak membuat perjanjian sempadan. Contoh perjanjian Pangkor 1824. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia dibawah jajahan Inggeris, Indonesia dibawah Belanda. Perjanjian Inggeris - Siam 1909 atau dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok, menyebabkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diakui oleh Siam sebagai jajahan Inggeris. Pattani dan lain-lain kawasan, dibawah jajahan Siam. Termasuk dalam konteks perjanjian, adalah rundingan kemerdekaan.

Harus diingat, sempadan ini tidak pernah kekal selamanya. Ianya akan sentiasa berubah oleh 2 faktor evolusi di atas. Berapa lama Malaysia ini akan kekal dengan sempadan sekarang? Terpulang kepada 2 faktor di atas:


1. Penjajahan atau peperangan. kalau kita diserang, dan kita kalah, sempadan kita pasti berubah.

2. Perjanjian. Kalau ada antara negeri yang nak keluar Malaysia, kerajaan Pusat tak nak berperang, kena buat perjanjian sempadan. Sabah misalnya, Filipina dan indonesia, menuntut hak ke atas negeri ini. Singapura misalnya, suatu ketika berada dibawah Malaysia. Atas dasar perjanjian / perundingan, Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, bersetuju melepaskannya.

Yang pasti, sempadan ini tidak kekal selamanya.

Antara Sempadan Negara2:







0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons