Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

12/10/2011

Bapa Bunuh Anak


Minggu lalu daerah Muar dikejutkan dengan penemuan mayat dalam parit dengan keadaan mayat yang dikelar. Pada mulanya mayat tersebut disyaki merupakan warga asing setelah didapati tiada kesan BCG dan dari warna kulit mayat. Sekumpulan kanak-kanak yang menemui mayat tersebut terus memberitahu keluarga dan seterusnya membuat laporan polis. Keluarga si mayat dapat dikesan dan dipanggil untuk membuat pengecaman. Bapa si arwah telah ditahan kerana disyaki telah membunuh anaknya itu.

Alkisahnya - sebelum terjadinya pembunuhan tersebut,
berlaku pertengkaran yang hebat di rumah mangsa. Pertengkaran melibatkan bapa dan anaknya. Bapa ketika itu baru pulang dari masjid dan melihat anaknya sedang mengacu pisau/parang terhadap ibunya. Dikatakan si anak mengacu senjata untuk mengugut ibunya beri duit kerana anak dalam keadaan terdesak perlukan duit. Anak merupakan pengambil batu @ ice dan mungkin ketika itu dalam ketagihan yang sangat. Bapa yang baru pulang terkejut dengan kejadian tersebut dan cuba menyelamatkan ibu. Menurut sumber, bapa yang tergamam telah merampas senjata dan mungkin cuba mengacu semula kepada si anak tapi dikatakan tindakan tersebut di luar kesabarannya dan telah menyebabkan kematian si anak. Setelah melihatnya anaknya mati, bapa tidak dapat berfikir dengan tenang dan cuba mencari jalan untuk menyelamatkan diri dan selesaikan masalah tersebut. Tanpa berfikir panjang, bapa telah membuang kesan suntikan BCG pada tangan dan membuangnya ke tempat lain (Pt Amal). Bapa membuat laporan polis mengatakan anaknya telah hilang. Ketika dipanggil untuk membuat pengecaman, bapa dan ibu cuba melarikan muka dari melihat mayat anak. Menurut sumber, ketika membuat pengecaman terdapat kesangsian cara bapa dan ibu melihat mayat.

Siasatan yang dilakukan mendapati si bapa telah membunuh anak berdasarkan bahan bukti dan keterangan saksi. Terdapat saksi yang melihat MPV bapa melalui kawasan penemuan mayat. Setelah disiasat, polis menemui kesan darah dan senjata yang digunakan dalam MPV bapa. Hasil siasatan yang dilakukan menyebabkan bapa telah ditahan bagi siasatan. Mahkamah telah mengeluarkan perintah tahan reman 7 hari terhadap bapa bagi siasatan lanjut.

Akibat hilang kesabaran dan kemarahan yang terlampau si bapa akhirnya telah membunuh darah dagingnya sendiri. Bapa bukanlah seorang yang jahat atau latar belakang jenayah tapi kesabaran yang hilang. Betapa teruknya penangan ice dalam diri manusia hingga tidak kenal ibu sendiri. Apa yang penting baginya  adalah duit. Bapa merupakan orang yang terkenal juga tapi akibat perbuatan tersebut membuatkan orang berpandangan serong dan meletakkan dirinya begitu rendah. Cerita ini bukanlah rekaan tapi dari apa yang disampaikan sumber-sumber tertentu. Kes ini akan disebutkan di mahkamah setelah pihak polis menyiapkan kertas siasatan. Apa-apa pun semoga arwah diberi keampunan ALLAH.

Terkini 

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons