Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

22/10/2011

Negara Libya



Libya atau rasminya Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) terletak di Afrika Utara, berbatasan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Niger di selatan serta Aljazair dan Tunisia di sebelah barat. Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah 6 juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jikalau dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.
Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.
Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.
Pada 2011,Libya terjebak dalam Perang Saudara akibat daripada tempias Revolusi Arab 2011 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali dan Mesir,pimpinan Hosni Mubarak.Pada 27 Februari 2011,Pihak Pro-Demokrasi mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Sementara Libya yang dinamakan Majlis Peralihan Nasional(National Transitional Council,المجلس الوطني الإنتقالي, al-majlis al-waṭanī al-'intiqālī),yang dipimpin oleh Mustafa Abdul Jalil,bekas Menteri Kehakiman Libya yang telah berpaling tadah dari Kerajaan Jamahiriya pimpinan Gaddafi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons