Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

17/10/2011

Pesawat Airbus A380 Bakal Berada Di Malaysia

Pada 11/12/2003, Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) telah memeterai perjanjian membeli 6 buah pesawat A380-800 dengan jumlah harga RM6.156 billlion. Purata harga setiap pesawat RM841 juta. Jika tiada aral, pesawat ini akan berada di Malaysia pada kira-kira bulan Jun 2012.


Pesawat pertama tempahan Malaysia kini di peringkat akhir pengeluarannya. Peringkat awal, pemasangan bahagian depan, tengah dan aft fuselage dilakukan. Seterusnya, pesawat dipindahkan ke stesen kedua bagi membolehkan pengujian terhadap sistem elektrik, hidraulik, gantian mobil dan gear pendaratan dilakukan. Pengujian enjin dilakukan di luar bahagian utama. Pesawat yang telah siap pemasangan akan dibawa ke Hamburg, Jerman melalui ujian penerbangan bagi pemasangan kabin dan cat serta logo yang ditempah.



Pesawat ini merupakan pesawat terbesar dengan kapasiti penumpang seramai 525 tempat duduk dengan 4 kelas utama iaitu kelas utama, kelas bisnes, kelas premium dan kelas ekonomi serta memiliki kapasiti enjin 7200 kuasa kuda. Specifications







Pesawat ini merupakan pesawat terbaru dan tercanggih bagi abad sekarang. Kapten yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pesawat ini merupakan pilot yang senior pernah bertugas sebagai komander pesawat 747 selama 2 tahun manakala co-pilot pula mempunyai rekod penerbangan selama 2000 jam.
Kelebihan pesawat ini kurang menggunakan manual book, segalanya elektronik dan tanpa wayar. Semua pesanan dan mesej dihantar secara wireless. Di hadapan pilot terdapat sebuah notebook unutk kegunakan pilot. Pesawat ini memerlukan kawasan yang luas untuk parkir dan setakat ini cuma KLIA sahaja yang sesuai memandangkan saiznya yang begitu panjang. Malaysia bakal mencatat sejarah kerana antara 10 negara terawal yang memiliki pesawat tercanggih ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons