Luahan hati seorang wanita Jepun bernama Fatimah Kazue menempuh perjalanan memeluk Islam.
Sejak Perang Duni Kedua, saya merasa khuatir, takut, resah dan cemas tentang kepercayaan agama yang saya anuti selama ini. Saya mula rasa senang dengan corak kehidupan yang diamalkan orang Amerika. Ketika itu saya merasakan jauh di dalam lubuk hati mengenai sesuatu dalam pegangan hidup yang sudah mula pudar dan hilang.
Saya mulai gagal dalam menentukan hakikat sesuatu yang terasa telah luntur itu. Sedang jiwa saya tetap berkeras ingin menemukan hakikat tersebut. Untungnya, saya dapat mengenal seorang lelaki Muslim yang tinggal di bandar Tokyo sejak beberapa bulan lalu. Kelakuan dan cara ibadahnya membuatkan saya kehairanan dan kebingungan. Saya bertanyakan banyak hal kepadanya. Dia menjawab dengan jawapan yang positif dan memuaskan akal, intelektual, berjiwa murni dan spiritual.
Lelaki tersebut mengajar saya agar hidup sesuai dengan hukum yang digariskan Allah. Sebelum itu, sama sekali tidak dan belum pernah terdetik di dalam benak saya agar manusia perlu mengalihkan pandangan hidup kepada hala tuju yang sebenar. Saya dapat mengetahui dan merasai semua itu setelah memeluk Islam.
Cuba perhatikan bagaimana orang Islam memberi salam penghormatan. "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh" yang bermaksud "semoga kesejahteraan selalu dilimpahkan atas anda sekalian juga mendapat rahmat dan keberkatan Allah". Salam penghormatan ini merupakan doa untuk mendapatkan kesejahteraan Allah dan mendoakan untuk memperolehi kebahagian yang abadi.
Perkara sebegini agak jauh berbeza dengan kata penghormatan lain seperti "Selamat Pagi" dan "Selamat Petang". Ucapan sedemikian hanya bersifat sementara dan hanya harapan mendapat kebaikan pada waktu pagi atau petang sahaja. Salam penghormatan tersebut juga tidak mengandungi harapan kebaikan yang berpanjangan. Di dalamnya tiada unsur doa kepada Tuhan agar kita mendapat rahat dan keberkatan.
Teman Muslim saya ini selalu memberi saya pelajaran tentang keimanan seorang yang memeluk Islam dan cara melaksanakan ibadah. Saya tertarik dan amat menyenangi cara hidup Islam kerana kejernihan, kesederhanaan dan kewibawaannya sendiri. Saya benar-benar yakin bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang menjamin ketenteraman, keamanan dan kestabilan hidup samada kehidupan individu mahupun bermasyarakat secara saksama dan adil.
"Islamlah yang saya yakini satu-satunya agama yang menghidangkan kesejahteraan hakiki kepada umat manusia yang memang lama saya usahakan dan impikan." Saya begitu bahagia mendapatkan kedamaian ini. Betapa besar harapan saya untuk menjadi seorang wanita yang mampu menyebarkan Islam di tengah-tengah bangsa saya.