Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

08/01/2012

Arak dan Hukumnya



Adapun hukum arak adalah jelas di dalam al-Qur'an, hadis dan ijma' ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum 

Firman Allah bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
( Surah al-Ma'idah : 90)

Pengharaman arak tidak sahaja kepada peminum tetapi meliputi apa jua pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun tidak meminumnya tetapi dosanya seperti orang yang meminum arak.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W daripada Anas bin Malik R.A dia berkata :


Maksudnya : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan :

1. Orang yang memerah arak ;
2. Orang yang minta diperahkan arak ;
3. Orang yang meminum arak ;
4. Orang yang membawa arak ;
5. Orang yang minta dihantarkan arak ;
6. Orang yang menuangkan arak ;
7. Orang yang menjual arak ;
8. Orang yang makan harga arak ;
9. Orang yang membeli arak ;
10. Orang yang minta dibelikan arak."

(Hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Dengan ini jelas bahawa umat Islam tidak boleh terlibat dengan industri arak walau apa cara sekalipun , haram menyertai perusahaan atau perniagaan arak kerana secara tidak langsung ia menandakan bahawa kita redha, menyokong, memberi pertolongan kepada penyebaran arak, walaupun tidak berniat sedemikian.

Hukum ini sama juga memakai baju yang memaparkan lambang jenama minuman keras kerana mempunyai unsur promosi dan mengajak peminuman minuman haram itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons