Ceritera Emas 2
Apa itu simpanan emas dan perak? Mengapa
pilih emas dan perak? Apa kelebihannya? Apa kurangnya simpanan
bersandarkan wang fiat? Dalam penulisan yang serba
kekurangan ini, aku cuba memberikan sedikit sebanyak gambaran
kepada persoalan mengenai emas dan perak. Saya budak baru belajar, sila
bagi tunjuk ajar kalau ada salah silap ye.
Bakar Ibn Maryam
melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Akan tiba
suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat
manusia. Maka simpanlah dinar emas dan dirham perak (untuk
digunakan)"Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. Mengapa baginda menyeru supaya
kita menyimpan dinar dan dirham untuk digunakan?? Mengapa bukan wang
fiat?? Persoalan ini akan terjawab bila anda faham apa itu duit kertas
(wang fiat) yang anda dan saya sendiri gunakan sekarang ini. Duit kertas
telah dicipta oleh Bank Of England buat pertama kalinya pada tahun 1694
ketika zaman pemerintahan William III. Tahukah anda siapa mastermind
disebalik penciptaan duit kertas? Kaum Yahudi lah yang menciptanya,
tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melemahkan ekonomi
dunia, khususnya ekonomi kita umat Islam. Hal ini kerana duit kertas
tiada nilai intrinsik, iaitu nilai dirinya yang sebenar. Cuba anda
bayangkan anda ada satu cek kosong. Adakah blank cheque itu mempunyai
nilai? Sudah tentu tidak (nak bakar blank cheque tu pun tak ape sbb x de
nilai). Tapi setelah cek itu ditulis nama, ditulis jumlah tertentu dan
ditandatangan, sudah tentu cek itu mempunyai nilai. Begitu juga halnya
dengan duit kertas. Cuma ada nilai muka ( nilai yang ditulis di atasnya.
Cth: RM5) tapi tiada nilai intrinsik. Bayangkan anda mempunyai tunai
sebanyak RM10000 dan ingin menggunakan duit itu di United States, sudah
tentu duit anda tidak laku disana. Tetapi jika anda ada emas ataupun
perak yang juga bernilai RM10000, anda pergi ke United States atau di
negara-negara lain sekalipun, ia akan tetap laku dan dianggap berharga.
Inilah yang dimaksudkan dengan nilai intrinsik emas dan perak. Pada
tahun 2006, 1USD=RM4.50. Manakala pada tahun 2012, 1USD=RM3.10 sahaja.
Ekonomi Amerika Syarikat yang dikatakan kukuh pun masih dimakan inflasi
menyebabkan nilai matawangnya semakin susut, apatah lagi nilai matawang
kita.
Pada zaman Nabi, harga seekor kambing adalah satu dinar.
Lebih 1400 tahun selepas itu iaitu pada tahun 2012, satu dinar
(bersamaan ±RM800) masih mampu membeli seekor kambing. Berbeza pula
dengan nilai duit kertas. Pada tahun 2000 RM1 mampu membeli 5 biji
karipap, tetapi pada tahun 2012 RM1 hanya mampu membeli 3 biji karipap.
Sudah jelas bahawa duit kertas dimamah inflasi membuatkan nilaiya
semakin menyusut. Walaupun jumlah yang sama, iaitu RM1, tetapi nilainya
semakin berkurang dek inflasi. Tidak mustahil 10 tahun akan datang RM1
cuma mampu membeli 2 biji gula2 sahaja. Emas dan perak adalah kalis
inflasi, sebab itu nilai emas dan perak tetap tidak menyusut walaupun
setelah lebih 1400 tahun. Bahkan nilai emas dan perak akan terus
meningkat tahun demi tahun. Keratan akhbar Berita Harian 17 Januari 2012
(ada saya post dalam page ni tempoh hari) berkenaan Standard Chartered
Bank mengunjurkan harga emas pada tahun 2020 adalah RM503/gram. Rekod
kenaikan emas dalam masa 10 tahun adalah 511% manakala kenaikan perak
dalam masa 10 tahun adalah 731%. Jika anda sudah ada simpanan emas dan
perak sekarang ini, bayangkan berapa banyak keuntungan yang anda akan
dapat dalam masa 10 atau 20 tahun lagi. Mugkin ada antara kita yang mula
berminat ingin memulakan simpanan emas, tetapi tidak mempunyai modal
yang cukup, maklumlah emas sememangnya mahal. Tetapi usah bimbang,
kerana anda boleh simpan perak dahulu sebagai permulaan. Perak juga
mempunyai nilai intrinsik dan sesuai dijadikan simpanan jangka masa
panjang. Lagipun harga perak masih murah dan mampu milik. Anda boleh
perhatikan bahawa kadar kenaikan perak sangat pantas dalam masa 10
tahun. Hal ini kerana perak bukan sahaja diklasifikasikan sebagai logam
berharga, malah perak juga adalah logam industri. 90% daripada alat
elektronik mengandungi perak dan permintaan terhadap perak kian
meningkat ekoran kemajuan ekonomi pembuatan alat elektronik di seluruh
dunia. Diharapkan anda telah mendapat sedikit pencerahan mengenai
kepentingan simpanan emas dan perak bagi mengukuhkan ekonomi kita.
hostgator coupons
0 comments:
Post a Comment
Dah Baca? Tinggalkan komen anda...