Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

10/03/2013

Ustazah Ditangkap Khalwat

Gambar Hiasan


Siapa sangka seorang wanita yang bergelar ustazah boleh ditangkap khalwat. Kisah ini bukan untuk mengutuk mahupun memperkecilkan orang yang bergelar ustazah tetapi sebagai pengajaran kepada orang lain.
Ustazah ini seorang yang bujang dan pendidikan agama di luar negara. Ketika belajar di luar negara, dia bercinta dengan seorang teruna di pusat pengajian yang sama dan berasal dari negara yang sama. Teruna tidak berjaya menggenggam segulung ijazah dan telah pulang ke tanahair. Sekembali ke kampung halaman, dia memulakan kerjayanya sendiri dan terus bernikah dengan orang lain. Tinggallah ustazah ini meneruskan pengajian tanpa kekasih disisi sehingga menjadi graduan. Setelah tamat pengajian, ustazah dapat bekerja di sebuah jabatan dengan menggunakan ijazah agamanya. Walaupun pasangan ini pernah terputus hubungan akibat jarak yang terlalu jauh namun hubungan percintaan tidak pernah terputus. Setelah bekerja, ustazah sebagai pegawai kerap mendapat arahan hadir ke ibu pejabat untuk mesyuarat dan kursus. Ustazah mengambil kesempatan yang ada untuk menyambung kembali kasihnya dengan buah hati. Kekerapannya datang ke rumah lelaki telah menjadi pertanyaan jiran-jiran dan akhirnya jiran yang prihatin telah melaporkan kepada isteri lelaki. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnnya jatuh ke tanah jua. Pada suatu, jiran ternampak kereta ustazah berada di garaj rumah teman lelakinya lalu memberitahu kepada isteri dan akhirnya isteri melaporkan kepada pihak Jabatan Agama. Akibat daripada kesalahan disyaki khalwat, ustazah dinasihatkan melepaskan jawatan kontraknya itu namun dia tetap dengan pendirian bahawa dirinya tidak bersalah. Namun begitu, majikan tidak menyambung kontraknya setelah didapati melanggar perjanjian kontrak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons