Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

18/04/2013

Rambut Karat

  Apa yang dikatakan rambut karat? Pelik juga tajuk aku kali ini. Hihi. Rambut karat adalah rambut yang diwarnakan dengan pewarna selain hitam. Kebiasaannya untuk kecantikan sahaja. Di dalam Islam, warna rambut hanya menggunakan inai dengan syarat-syarat tertentu manakala mewarnakan rambut dengan pewarna adalah haram dan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah. Jika yang mewarnakan rambut bukan Islam, tiada hal tetapi bagaimana pula yang Islam? Adakah rambut yang diwarnakan itu dapat menyerap air? Adakah sah mandi wajibnya? Tepuk dada fikirlah sendiri.

Remaja warna karat baru balik masjid



 
Remaja bukan Islam dengan rambut merah

Badut dan Belon

 Badut dan belonnya, apa yang dapat kita perkatakan? Jika pada suatu ketika dahulu, dunia badut yang dikenali hanya berada di sarkas sahaja. Insan yang berkemampuan sahaja mampu pergi ke sarkas untuk menonton persembahan badut. Pemakaiannya yang berwarna warni serta hidung bulat merah menarik perhatian penonton disamping lawak persembahannya. Namun di zaman serba moden kini, kita tidak perlu pergi ke sarkas untuk melihat gelagat badut, golongan ini juga boleh di bayar untuk membuat persembahan di mana sahaja dengan kadar yang berpatutan mengikut masa yang dipersetujui.



patung badut

 
bentuk 'love' besar
"ini belon yang u order tadi"
gaya badut sedang membentukkan belon
boleh geraklah badut ni
peralatan badut yang dijual
sikalang sudah jadi bentuk lo
siapa mahu beli?
"hi, comel tak kami?"
 

10/03/2013

Suami Berzina?




Nasfu tidak mengenal siapa. Walaupun kamu seorang yang rajin menambah amalan cuma dibezakan dengan kekuatan iman melawan nafsu. Kisah ini berlaku pada tahun 2012. Seorang lelaki berstatus suami telah disiasat setelah disyaki melakukan persetubuhan luar nikah. Kebiasaannya cerita yang dipaparkan adalah pasangan yang masih bujang, kali ini cuma perempuannya sahaja bujang. Lelaki ini bukan beristeri seorang tetapi poligami. Ketika itu dia telah beristeri dua. Umurnya pula 50 tahun. Ibarat rumah kata pergi, kubur kata mari. Lelaki ini memang nampak telah berumur dengan perutnya besar. Bak kata kawan-kawan aku kalau dia diri mesti dia x nampak kakinya. Lelaki ini merupakan seorang pemandu bas, trip perjalanannya adalah dari Segamat ke Johor Bahru. Satu jarak perjalanan yang jauh. Kadangkala dia tidur di stesyen bas sahaja. Perkenalannya dengan perempuan ini membuatkan dirinya semakin muda. Mana tidaknya, perempuan ini selalu menemaninya ke Johor Bahru. Kehidupannya pun berubah seperti pasangan suami isteri.
Akibat pergaulan yang bebas dan kehidupan seperti telah bernikah, nafsu pun mula menguasai diri dan akal fikiran. Suasana lengang di stesyen bas memudahkan pasangan ini memadu asmara. Bas yang dipandu lelaki ini menjadi tempat tidur mereka. Tiada sesiapa pun yang menyangka terdapat "suami isteri" sedang bersetubuh di dalam bas ketika itu. Setelah berpuashati dengan kejadian kali pertama dan berjaya melakukan tanpa pengetahuan manusia lain, pasangan ini mengulangi persetubuhan berkali-kali di dalam bas yang sama. Akibatnya perempuan tersebut hamil dan 9 bulan kemudian melahirkan zuriat daripada benih lelaki tersebut. Pasangan disiasat setelah mendapat maklumat perempuan itu melahirkan anak tanpa suami. Setelah dihadapkan ke mahkamah, lelaki ini dijatuhkan hukuman mandatori penjara 4 bulan dan denda RM4000 manakala perempuan denda RM3500. Ini hanya hukuman dunia, jika mengikut hukuman hudud pasti lelaki ini tidak mampu bernafas setelah direjam sampai mati.

29/08/2012

Rambut Sama Hitam, Hati Manusia Ada Yang Hitam

Orang cakap rambut sama hitam, hati lain-lain. Bagi aku biar rambut hitam jangan hati pun sama hitam. Masuk tahun ini dah hampir dua tahun aku berpindah ke pejabat lama aku yang dulu di M. Sebelum ini aku berulang alik hampir 300 km setiap hari dari M ke K dan masa aku banyak dibuangkan di atas jalanraya anggaran 3 jam. Maklumlah jalan lama. Setiap hari aku berlumba dengan kereta-kereta, lori-lori panjang dan pendek termasuklah bapa lori, atuk lori. Pada bulan-bulan terawal aku berulang alik, agak kekok juga hendak menempuhi perjalanan sebegitu. Alah bisa tegal biasa. Aku semakin mahir jalan-jalan tersebut dan selekoh atau lencongan mana yang aku patut lalui.

Kehidupan di pejabat tersebut bagi aku agak menyenangkan dan memudahkan kerja aku. Biasalah, kerja di tempat orang, bukan ramai pun orang yang kita kenal. Apa yang kita cakap, apa yang kita buat tidak kisah pun. Lagipun, kurang kakitangan yang hendak menjaga kain orang yang dikoyakkan. Kalau kain yang terkoyak pun, lantak lah. Siapa kisah. Aku dengan dunia kerja aku sendiri. Setiap kes yang mendatanng, aku tidak gentar walaupun aku baru saja menjawat jawatan tersebut. Dua bulan aku berguru dengan seorang senior walaupun dia di bahagian lain tapi pengalamannya yang penting bagiku.

12/07/2012

Putus Pertunangan



Baru-baru ini aku berjumpa dengan seorang rakan bernama Sham. Padahal baru 2 minggu tidak berjumpa rupanya ada satu cerita sedih yang hendak dikongsikan denganku. Jika sebelum ini aku bercerita tentang pertunangan yang hebat disini dan disini, kali ini aku nak kongsikan cerita pertunangan yang dilangsungkan ala kadar @ sederhana.

Sham baru berusia 25 tahun dan telah bertunang dengan gadis pilihannya pada bulan Disember 2011. Kisah pertunangannya tidak ramai yang mengetahuinya. Aku tahu sebelum majlis kerana dia sendiri yang memaklumkan. Katanya majlis hanya kecil-kecilan sahaja. Aku cakap baguslah, pertunangan tidak perlu dihebahkan. Majlis hanya dihadiri keluarga sebelah lelaki dan sebelah perempuan sahaja, tiada saudara mara yang perlu diundang. Sebelum majlis pertunangan, ibu Sham bermimpi cincin terbelah namun mimpi tersebut didiamkan sahaja kerana mungkin hanya mainan tidur. Bermula pada hari itu maka dengan rasminya Sham telah bertunang.

Menurut Sham, kali pertama bertentang dengan Maria hatinya terdetik untuk mempunyai hubungan serius dan bukan main-main seperti mana gadis-gadis yang lain. Usia Maria ketika itu baru 18 tahun dan hanya menetap bersama ibunya. Sebenarnya keluarga Maria bukanlah orang yang bahagia akan tetapi kategori porak peranda. Niat Sham hanya untuk membantu. Diringkaskan cerita, pada suatu hari keluarga Maria terpaksa keluar dari rumah yang didiami. Sham turut bantu mencari rumah sewa. Rupanya dalam pencarian tersebut, mereka telah ditipu oleh penyewa rumah yang kononnya menyediakan rumah sewa. Begitu sukar mencari rumah sewa, akhirnya keluarga ini terpaksa menetap di hotel murah dan berpindah dari setiap hotel. Apabila terjumpa dengan sebuah rumah, Maria pula tidak mempunyai wang untuk membayar deposit rumah. Sham mula bingung dengan keadaan tersebut. Dia berfikir, perlukah menghulurkan wang kerana dia sendiri pun kerap keputusan makan.

Akibat daripada perkara tersebut, Sham mula marahkan Maria dan ibu Maria menjadi batu api dalam pertengkaran tersebut. Dalam diam-diam rupanya Maria mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang banyak membantu kewangan Maria. Kesan daripada itu, Sham membuat keputusan nekad untuk memutuskan pertunangan dan Maria terpaksa mengundur diri. Ibu Maria rupanya bergembira dengan pemutusan tersebut. Mungkin dia ada pilihan yang terbaik untuk anaknya.

Sham juga bersyukur dengan pemutusan tersebut kerana dia juga tidak menanggung malu, pemutusan tersebut tidak diketahui ramai hanya beberapa orang sahaja berbanding jika membuat majlis pertunangan besar-besaran. Rupanya mimpi ibunya bermaksud cincin pertunangan yang disarungkan tidak berkekal lama apabila bulan Mei 2012 cincin itu dikembalikan kepada Sham semula. Dia turut membayangkan apa akan terjadi sekiranya majlis pertunangan dibuat besar-besaran namun jodoh tidak sehingga ke jinjang pelamin. Betapa besarnya malu yang perlu ditanggung. Baginya, pertunangan bukanlah syarat untu seseorang untuk meneruskan hubungan sehingga pernikahan.

18/06/2012

Nostalgia Pengemis Hati 2





"Jika benar cinta itu buta, butakanlah mataku..." inilah adalah satu senikata lagu apa yang aku lupa tajuknya. Lagu ini sebenarnya tiada kaitan pun dengan entry kali ini. hehehe....

11/06/2012

Sayangnya Dia...


Kisah ini terjadi lebih kurang 10 tahun lepas ketika aku menuntut di IPTA. Terdapat seorang rakanku bernama Zamri ketika itu di semester keempat. Zamri seorang pelajar yang baik dan sopan santun. Disebabkan kebaikannya itu telah menarik perhatian seorang gadis.

04/06/2012

Pemberian Pakaian Punca Putus Cinta?

Dulu-dulu kerap aku dengar ada orang pesan, kalau bercinta jangan hadiahkan pakaian kepada pasangan. Katanya, nanti jodoh tidak kekal lama.Aku menganggap perkara itu hanyalah mainan dan supaya pasangan bercinta ini tidak menghabiskan duit untuk membeli barangan sedemikian. Maklumlah, biasanya barangan begitu mahal dan mustahil pasangan hendak berikan barangan yang murah. Rupanya perkara tersebut benar-benar berlaku apabila aku saksikan seorang kawan aku yang bernama Sarul mengalaminya.

Sarul ini bukan seorang yang playboy. Tetapi dia pernah bercinta dengan lebih daripada seorang gadis. Setiap gadis yang bertakhta di hatinya, bukanlah gadis yang menjadi kegilaan ramai. Sarul bercinta kali pertama dengan seorang gadis dari Kedah bernama Lyna. Perkenalan bermula sejak dari Tingkatan 3 dan dari sebuah majalah pendidikan. Maklumlah, 15 tahun dahulu mana ada pelajar yang menggunakan telefon bimbit. Bercinta pun melalui warkah cinta, seminggu hantar, seminggu kemudian baru terima jawapan. Adakalanya lebih daripada itu, hinggakan sampai terlupa membalas. Zaman sekarang, setiap saat boleh bercerita. Asalkan ada pulusnya.

Seorang di utara, seorang di selatan. Sudah tentu agak mustahil untuk berjumpa. Selepas 5 tahun berkawan, baru dapat berjumpa. Itu pun disebabkan Sarul memilih Kolej Matrikulasi PP. Jika tidak, jangan haraplah berjumpa. Akhirnya mereka pun declare menjadi pasangan kekasih. Semenjak itu, dunia Sarul berubah. Sarul pernah menghadiahkan sepasang tudung. Pada mulanya, Lyna enggan menerima, menurut Lyna, pemberian pakaian boleh menyebabkan jodoh tidak kekal lama. Sarul anggap itu hanya mainan orang-orang tua sahaja. Lyna setuju dengan pendapat Sarul. Lyna turut menghadiahkan Sarul sehelai kain pelikat. Bermula dari situ, pelbagai hadiah pakaian yang ditukarkan. Akhirnya, pada suatu hari Lyna menghubungi Sarul dengan mengatakan ada perkara penting yang ingin diberitahu. Lyna mahu Sarul menganggap dirinya sebagai kawan dan Lyna ingin menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran. Sarul agak sukar menerima kenyataan dan inginkan kepastian daripada Lyna namun tiada jawapan kukuh yang diterima. Sarul terpaksa menerima kenyataan bahawa dirinya dan Lyna tiada jodoh dengan hati yang terpaksa rela.

bersambung....

03/06/2012

Nostalgia Pengemis Hati


 Cuti sekolah kebiasaannya akan terbayang masa untuk membawa anak-anak berjalan. Namun ada juga yang hanya terperap di rumah. Kisah seorang temanku sewaktu di kampus mengingatkanku tentang kisah hidupnya yang tidak pernah berkunjung ke negeri lain. Setiap kali cuti sekolah, dia hanya mengabiskan masa di rumah. Dia yang menetap di Kedah, hanya ketika menuntut di Melaka adalah tempat paling jauh yang pernah dijejaki. Ketika cuti sekolah, bapanya hanya mengajak ke sawah sahaja. Ketika itu, sawahlah tempat yang paling jauh dia sampai. Orang lain pulang ke kampung untuk menjenguk datuk dan nenek tetapi dia setiap hari dapat menatap wajah-wajah tersebut. Bapanya yang anak bongsu menetap bersama neneknya.

Peluang yang diperolehi ketika melanjutkan pelajaran di Melaka seperti bulan jatuh ke riba. Gembira bukan kepalang rasanya. Setiap kali cuti tidak kira cuti hujung minggu sekalipun, dia tidak mempersiakan masa tersebut. Ke mana saja tempat di ajak, pasti dia tidak akan menolak. Dia sedar, dirinya bukan dari keluarga berada namun duit biasiswa yang diperolehi akan digunakan untuk keseronokan diri. Cuti semester, duit biasiswa pun habis. Tetapi itu tidak menjadi halangan bukan dirinya. Banyak tempat yang memerlukan pekerja tambahan, di situlah dia mencari duit poket tambahan. Dengan berbekalkan wajah yang manis, dia berjaya memikat seorang gadis anak orang berada. Gadis tersebut menjadi tempat sandaran buatnya, dan lebih menariknya gadis tersebut memandu sendiri kereta hadiah dari bapa.

Kehidupannya juga berubah setelah memiliki awek kaya. Sebut negeri mana saja, pasti dia tersenyum lebar untuk bercerita. Duit bukanlah penghalang buatnya, berapa yang dia inginkan pasti akan terhidang depan mata. Beza usia bukan penidak hubungan baginya walaupun mendapat awek yang tua 2 tahun darinya. Setiap kali cuti semester, jarang dia pulang ke kampung halaman. Apabila ditanya bapa, dia menjawab ikut rakan bilik pulang ke kampung. Padahal masanya dihabiskan bersama teman wanita. Pernah juga dia bercuti ke Pulau Pinang namun tidak terus pulang ke kampungnya di Kedah. Sedangkan jarak perjalanan tidaklah sejauh dari Melaka ke Kedah, namun dia enggan pulang ke Kedah.

Perjalanan ke Kelantan dan Terengganu turut diredahi. Sepanjang menuntut di Melaka, hanya tiba Aidilfitri sahaja dia pulang. Selain dari itu,masa dihabiskan bersama kekasih hati. Sehinggakan aweknya menamatkan pelajaran, perhubungan mereka tetap berterusan. Awek diberi kepercayaan keluarga untuk menguruskan perniagaan di Melaka adalah ibarat mengantuk di sorong bantal buatnya. Asal ingatkan duit, dia hanya memetik jari sahaja pasti awek kesayangan akan menghulurkan bantuan. Tidak kira berapa sahaja.

Namun, langit tidak selalu cerah. Kusangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Di semester akhir pengajiannya, khabar sedih diterima. Aweknya bakal bernikah dengan pilihan keluarga. Berita yang diterima umpama satu batu yang menghempap kepala. Majlis pernikahan awek tidak dihadiri, sedih kepalang menyelubungi diri. Semenjak itu, barulah dia kembali mengenali asal usul diri.

11/05/2012

Ani Yang Pendendam

sape tah....


Di Johor Bahru tinggal seorang anak gadis yang comel lote, merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Almaklumlah adik beradik 2 orang saja. Dia mempunyai seorang adik lelaki. Nama gadis Ani. Tinggal dalam rumah yang besar dan hanya ditemani komputer riba setiap hari. Ibunya merupakan seorang Pegawai Bank manakala bapanya seorang peniaga yang berjaya. Akan tetapi ibubapanya telah bercerai dan masing-masing telah bernikah dengan pasangan yang lain.

Ani tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Dia tidak pernah memanggil bapa tirinya dengan gelaran ayah dan seumpama dengannya sebaliknya memanggil uncle. Ala-ala mat saleh gitu. Uncle merupakan seorang pengusaha restoran di JB dan mempunyai beberapa orang pekerja. Ani merupakan seorang graduan ijazah perniagaan dan tetapi masih tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia hanya duduk di rumah dan menjual barang kecil-kecilan sahaja. Ani mempunyai ramai teman lelaki. Dia tidak pernak tetap dengan seorang lelaki tetapi pelbagai lelaki menjadi pendampingnya. Tidak kira dimana dia berkenalan samada di ruangan sosial atau pun melalui majalah.

Dia juga kerap keluar dengan lelaki-lelaki tersebut tidak kira samada lelaki tersebut suami orang ataupun masih bujang. Apa yang penting dapat memenuhi kehendaknya dan citarasanya. Namun begitu, Ani masih mengekalkan keperawanannya. Setiap kali keluar, ada saja barang yang diminta tidak kira produk apa. Tetapi dia masih mempunyai sikap timbangrasa, bukan memilih barangan yang melampau tahap kewangan lelaki tersebut. Ani merupakan seorang yang sangat peramah dan banyak mulut. Ada saja perkara yang boleh dibualkan. Ani juga seorang yang mudah kecil hati.

Ani pada asalnya bukanlah seorang yang suka berkepit dengan lelaki tetapi semuanya kesan daripada kisah silamnya. Ibu bapa bercerai disebabkan faktor orang ketiga iaitu keluarga sebelah ibunya yang suka mengambil tahu kisah keluarganya dan kerap campurtangan. Nenek sebelah ibunya begitu tidak menggemari bapanya dan tidak setuju dengan pernikahan ibu bapanya akan tetapi setelah dipujuk akhirnya terpaksa menerima menantu tersebut. Setelah bernikah, bapanya pula bermain kayu tiga. Ketika itu dia berada di puncak kejayaan dalam hidup dan mempunyai syarikatnya sendiri. Ketika itu jugalah dia mempunyai kekasih gelap dan kerap jarang pulang ke rumah.

 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. Si bapa tidak dapat menahan rahsianya dan akhirnya memberitahu isteri untuk bernikah lagi dan isteri bersetuju namun masalah timbul apabila calon isteri kedua menentang. Sebaliknya memberi kata dua untuk bapa. Samada untuk bercerai dengan isteri pertama atau tidak jadi bernikah. Bapa yang termenung dengan situasi tersebut membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya dan bernikah dengan isteri baru. Bapa sanggup meninggalkan isteri pertamanya yang sama-sama membantu dalam menuju kejayaan sebaliknya memilih isteri baru untuk mengharung hidup penuh pancaroba.


Peristiwa tersebut memberi impak yang buruk kepada Ani. Sepanjang pernikahan bapa dengan ibu tirinya, Ani kerap juga berjumpa dengan bapa namun di dalam hati menyimpan perasaan benci terhadap lelaki. Setiap lelaki yang berjaya digoda dan menjadi kekasih sementaranya akan ditinggalkan setelah dia mendapati lelaki tersebut mula jiwang karat dengannya. Ani kini berusia 30 tahun namun dia masih belum terbuka hati untuk menerima cinta yang tulus daripada mana-mana lelaki, dia akan terus mempermainkan lelaki mungkin sehingga ke akhir hayatnya.

07/05/2012

Ceritera Qarin


Satu hari aku terbaca tentang Qarin. Aku tertarik untuk mengetahui ceritanya yang dikatakan Qarin merupakan jin yang menjadi pendamping anak Adam semenjak anak Adam dilahirkan. Akhirnya aku terjumpa link tentang Qarin. Begitu banyak link yang berkaitan Qarin. Apa yang aku paparkan ini adalah sebahagian cerita yang aku perolehi...

Link 1
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin kafir ini mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.

04/05/2012

Inilah Kisahku 1

Kisah yang akan kupaparkan ini merupakan kisah benar dari seorang rakanku dalam menempuh perjalanan hidupnya.

Hari-hari yang kulalui penuh dengan cubaan yang memberikan aku pengalaman dan pengajaran. Aku bukanlah seorang graduan universiti tetapi aku bekas pelajar universiti. Jika diimbas kembali, banyak perjalanan hidup yang aku tempuh meninggalkan kesan dalam hidupku.

Aku bukanlah dari keluarga yang kaya raya tetapi hanya kesederhanaan dalam hidupku. Aku bukanlah juga seorang yang pandai dalam pelajaran tetapi mampu berada di dalam kelas terpandai, bergaul dengan kawan-kawan yang bijaksana. Semenjak di bangku sekolah lagi, aku selalu mendapat nombor tercorot kerana terpaksa bersaing dengan rakan-rakannya yang lebih pandai dan merupakan dari keluarga berada yang mampu menghantar anak-anak ke pusat tuisyen.

Aku hanya mampu mengulangkaji pelajaran di rumah sahaja. Aku cuba kerap gagal menyiapkan kerja yang dibekalkan oleh guru. Akibatnya aku terpaksa menjalani hukuman. Jika dulu, hukuman berdiri di luar kelas, berdiri di atas meja sambil menjunjung kerusi atau berdiri di atas kerusi, di rotan guru adalah perkara biasa dan tiada tindakan yang diambil oleh ibubapa. Aku memulakan persekolahan pada tahun 1990-an. Pada zaman tersebut, kami sebagai anak takut untuk memaklumkan kepada keluarga berkaitan hukuman yang dikenakan kerana tidak mahu menerima hukuman selanjutnya daripada ibubapa. Manakala keluarga pada zaman tersebut juga menganggap perkara tersebut sebagai satu cara mendidik supaya anak akan lebih berwaspada dan mempunyai sifat tanggungjawab sebagai murid. Zaman sekarang anak-anak begitu dimanjakan sehingga anak-anak sanggup memijak kepala orang yang lebih dewasa. Aku juga agak nakal ketika di sekolah dan mempunyai kekasih hati di sekolah rendah. Namanya sehingga kini masih di dalam ingatanku.

Zaman itu, percintaan monyet menggunakan surat dan terdapat rakan yang akan menjadi posmen tidak bergaji. Nama posmen tersebut pun masih ku ingat. Hm, apa yang ada dalam cinta monyet di alam persekolahan rendah. Percintaan yang tiada harapan dan masa depan dalam hidup. Tidak pernah ku dengar percintaan yang dari sekolah rendah berlanjutan ke sekolah menengah dan akhirnya bernikah. Di saat-saat menghampiri ke peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, sekolah menganjurkan kelas tambahan setiap minggu dan di waktu tersebut juga kami mengambil kesempatan untuk berjumpa dan pulang bersama. Kami sebenarnya berlainan kelas. Si dia kelas kedua. Aku ke sekolah dengan menunggang basikal BMX yang popular pada zaman tersebut. Guru kelas ku seorang berbangsa Cina dan mengajar Bahasa Inggeris. Aku suka cara dia mengajar, tidak garang tetapi rotan tetap di tangan bagi merotan murid yang salah dalam latihan Bahasa Inggeris. Dia juga mesra pelajar. Hihihi.

Aku mempunyai banyak buku latihan intensif. Buku yang paling popular pada zaman tersebut adalah keluaran Sasbadi. Aku mempunyai minat membaca novel terutamanya melibatkan penyiasatan. Kononnya aku bercita-cita ingin menjadi seorang penyiasat kelak. Namun.......Setelah peperiksaan UPSR, kami ditawarkan untuk menduduki peperiksaan IQ bagi permohonan ke sekolah berasrama penuh. Aku pun menjawab soalan tersebut dengan tawakal kepada Allah. Setelah keputusan UPSR diumumkan, aku begitu berdebar-debar untuk menatap keputusan. Bermacam-macam andaian berlegar di kepala. Adakah aku lulus atau sebaliknya....bersambung..............................

24/04/2012

Perbezaan Kelahiran Manusia, Jin, Iblis dan Bunian

 
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk
matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya
sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah
" Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang
kembali beriman kepada Allah.

17/04/2012

Ceritera Emas


Emas merupakan antara barang yang menjadi kebanggaan setiap wanita kerana dengan memakai barang perhiasan emas, seorang wanita akan kelihatan anggun dan cantik. Saban masa harga emas tidak menentu dan harga emas juga akan terus melonjak walaupun adakalanya harga akan turun sedikit. Namun kenaikan harga emas begitu banyak berbanding penurunan.

Kini harga emas begitu melambung berbandung 5 tahun dahulu. Aku ambil contoh tempoh yang pendek sahaja. Jika diimbas zaman dahulukala, emas digunakan sebagai hadiah kepada negara yang melindungi negara lain. Ini jelas menunjukkan betapa berharganya emas tersebut. Jika 5 tahun dahulu, harga emas sekitar RM80/gram namun kini harganya mencecah RM180/gram bagi emas 916 ataupun emas 22 karat.

Kini jika ditanya untuk membeli emas, ramai akan menjawab tiada duit, emas mahal, dan macam-macam lagi alasan. Tetapi sedarkah bahawa emas akan mengikat inflasi dan tidak akan jatuh nilainya berbanding dengan fiat iaitu nilai matawang yang kita gunakan sekarang ini. Jika 5 tahun dahulu, dengan bermodalkan RM1000 kita mampu membeli barang kemas padu dengan berat yang memuaskan hati namun kini dengan jumlah tersebut hanya mampu beli berat 5gram sahaja tidak termasuk lagi upah yang dikenakan.

Sekarang ini jika ingin membeli barang kemas untuk hantaran pun kena kumpul modal yang banyak, belum ambil kira lagi jumlah hantaran yang diminta oleh pihak keluarga wanita. Kesedaran menyimpan emas mula mendapat tempat di kalangan masyarakat namun masih ada juga yang belum sedar tentang berharganya emas tersebut. Bagi golongan lelaki bujang yang belum tentu lagi bila bernikah turut boleh menyimpan emas sebagai persediaan. Jika tunggu sudah nak nikah baru bercadang membeli emas, mungkin pada masa tersebut harga dah melambung tinggi. Di andaikan harga emas pada tahun 2020 mencecah RM 500/gram. Bayangkan berapa berat sahaja yang dapat dibeli pada masa tersebut dengan mengambil andaian gaji sekitar RM 2000. Perkara ini adalah tidak musatahil kerana permintaan terhadap emas yang semakin meningkat manakala pengeluaran emas yang semakin susut. Terdapat juga negara-negara yang menyimpan emas bagi mengikat ekonomi negaranya supaya terus stabil dan dapat mengurangkan inflasi kewangan negara.

25/10/2011

Penglipur Lara



Cerita 1
 
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons