Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

09/07/2012

Pertunangan Lagi


Aku nak bercerita sempena aku takde mood nak buat kerja. Hahaha. Aku rasa macam meriah pula tengok orang bertunang sekarang ni. Baru-baru ini aku ada dapat undangan menghadiri majlis orang bertunang. Aku anggap sebagai meriah juga majlis hari itu. Maklumlah, anak perempuan tunggal dalam keluarga so majlis yang diadakan pun mestilah nak meriah juga. Kalau ada 2, 3 orang mungkin kurang meriah. Biasanya kalau anak sulung, bongsu atau tunggal sambutan lain daripada yang lain.

Anak gadis ini berusia 23 tahun, kiranya sedang ranum masak dan usia yang agak sesuai bagi seorang gadis manakala usia lelakinya 28 tahun. Jarak usia pun kira sesuai. Si gadis baru tamat pengajian tapi belum konvokesyen. Sebabnya si lelaki tidak sabar dan bagi mengubati hatinya yang lara akibat putus kasih dengan kekasih lama yang telah bernikah dengan orang lain. Perkenalan selama 3 bulan dan akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak setuju untuk mengikat tali pertunangan. Memandangkan si gadis belum bekerja, bapanya terpaksa berkorban duit bagi membeli barang perbelanjaan. Dari sekecil-kecil sehingga ke sebesar-besar belanja demi anak gadis tunggal. Saudara mara turut membantu dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Janji pihak lelaki tiba pukul 2.00 petang so aku pun gerak lewat sikit dalam pukul 2.15 petang. Bukan jauh mana pun, pukul 2.35 aku dah tiba di rumah tersebut. Perlahan je aku pandu dengan kelajuan 70km/j ikut jalan kampung. Harapan tamatlah sudah majlis tersebut dan aku boleh datang melantak je.Hahaha. Ketika aku tiba, aku tengok suasana lengang je. Terdetik dalam hatiku, pihak lelaki sudah pulang ke. Malu juga rasanya datang dah lewat tapi kenapa cepat sangat habis? Aku keluar dari kereta dan disambut oleh bapa saudara perempuan. Aku mencari-cari bapa perempuan namun tidak ketemu. Aku berjabat tangan dan naik ke dalam rumah. Sedang aku duduk, kedengaran suara orang berbual bertanyakan bila pihak lelaki akan tiba. Aku menjeling jam, sudah pukul 3 takkan belum tiba. Bukan jauh mana pun, dalam 15 minit jarak perjalanan yang menghubungkan kedua-dua rumah tersebut. Suara saudara mara semakin bunyi dan ada juga yang turut mengutuk. Macam tak jadi je majlis pertunangan ini. Nampak sangat keluarga pihak lelaki tidak bersungguh-sungguh. Aku diamkan saja, maklumlah aku ini hanya tetamu. Aku memberanikan diri untuk berjumpa dengan si gadis. Nasib aku tiada penyakit jantung, terkejut aku tengok. Ini manusia ke hantu? Hahaha. Solekannya sungguh tebal dan ditambah lagi dengan bulu mata palsu yang melentik. Ini mengalahkan orang bernikah. Di hadapan pintu tersusun dulang hantaran untuk diserahkan kepada pihak lelaki. Aku mengira, wah sampai 17 dulang. Ini kalau nikah mau jejak 21 dulang gamaknya. Hahaha. Aku tegur si gadis, tebalnya mekap, tidak cantik langsung lalu aku gelakkan dia. Biarkanlah kalau dia terasa hati. Aku bercakap dengan jujur memang tidak menarik langsung dengan mata dan pipi yang kelihatan lebam. Mungkin solekan tersebut untuk menutup jerawat dan jeragat si gadis tapi berpada-padalah bukannya sehingga mengubah rupa asal wajah gadis tersebut.

Si gadis pun bukan calang-calang orang. Pendidikan ijazah agama sepatutnya menegur mak andam untuk tidak mengenakan bulu mata palsu. Ketika majlis menyarungkan cincin dilangsungkan, aku melihat ibu lelaki berbisik dengan seorang wanita disebelahnya dan memandang sinis terhadap si gadis. Tidak tahulah apa yang dibisikkan, mungkin kerana solekan wajah atau yang lain. Lelaki tersebut bukanlah pilihan tepat si gadis kerana lelaki tersebut berbadan baju dan tinggi manakala si gadis kurus dan genit. Memandangkan bapa dan neneknya setuju dan berkenan dengan lelaki tersebut, maka terpaksa diterimanya walaupun mendapat cemuhan daripada saudara maranya. Di khemah makan terdapat sehelai kain rentang dan sehelai lagi di dalam rumah. Aku tengok dengan senyuman saja. Kedua-dua belah pihak bersetuju dengan hantaran perkahwinan sebanyak RM 10,000 dan diikat selama setahun hidup. Maksudnya boleh dipercepatkan dan dilambatkan. Aku dengar hantaran tersebut tidak mengejutkan langsung kerana sesuai dengan suasana sekarang yang perbelanjaan semakin meningkat. Walaupun si lelaki berjawatan lepasan SPM, supaya dia lebih berusaha untuk mencari kewangan demi memiliki tunangnya sebelum di rampas orang lain. Hahaha.

Nampaknya ayat RAHSIAKAN PERTUNANGAN, HEBAHKAN PERNIKAHAN, semakin dilupakan masyarakat Islam sendiri walaupun dari golongan bijak pandai agama apatah lagi golongan kurang ilmu. Jangan pula majlis pertunangan semeriah-meriahnya tapi jodoh pernikahan tidak terlaksana. Aku mendoakan kedua-duanya bakal melangsungkan perkahwinan dengan segera dan berkekalan hingga akhirnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons