Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

07/07/2012

Pertunangan Di Era Moden






Minggu lepas aku diberitahukan oleh seorang sahabat bahawa terdapat seorang bekas rakan sekerja telah bertunang dengan pilihannya. Biasanya bertunang orang akan mengatakan telah membuat ikatan untuk bernikah. Aku ini bukanlah seorang yang ahli dalam bab agama tapi sekurangnya aku tahu sedikit sebanyak tentang adab-adab. Aku cuba mencari cerita tentang pertunangan dan salah satunya adalah carian ini http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11403.0

Aku terkejut apabila mendengar cerita sahabat ini. Majlis pertunangan yang dibuat seperti majlis pernikahan gamaknya. Pakaian yang dipakai juga seperti orang ingin bernikah dengan solekan gaya artis. Cerita pertunangannya juga heboh sekampung. Almaklumlah, seorang ustazah bertunang dengan ustaz. Hendak dikatakan keluarga perempuan tidak tahu tentang hukum adalah mustahil kerana setiap ahli keluarga rumah tersebut mempunyai pendidikan agama yang tinggi dan ada anaknya yang menuntut sehingga ke Mesir manakala bapanya seorang Guru Besar sekolah agama. Dari anak sulung sehingga anak bongsu melanjutkan pelajaran ke menara gading dalam bidang agama.

Aku tengok gambar sepanjang majlis pertunangan pun cukup terkejut. Sebanyak 3 buah kanopi digunakan cukup membayangkan berapa ramai tetamu yang diundang. Baju yang dipakai juga ditambah dengan manik-manik bagi menaikkan seri pada baju. Aku nak tergelak tengok gaya kawan aku itu bertunang. Apa yang perhatikan, memang zaman sekarang cukup berubah dan berbeza dengan cara yang telah ditetapkan dalam Islam. Jika sebelum ini, masyarakat tetap berpegang teguh pada adat namun masih terikat dengan syariat namun kini telah berubah. Belanja untuk majlis pertunangan pun sudah boleh dikira banyak. Hantaran dulang pun semakin berlambak dan bukan lagi dikira sebagai hadiah tetapi boleh dikatakan untuk menunjuk kepada masyarakat sekeliling bahawa keluarga tersebut boleh bagi banyak barang. Pilihan barang pun dilakukan sendiri. Contohnya Amir tunang dengan Minah. Minyak wangi yang hendak diberikan kepada Amir dibeli sendiri oleh Amir dengan alasan Amir hanya serasi dengan minyak tersebut walaupun harganya mahal. Belum dikira cincin yang dibeli sudah ditunjukkan sebelum bertunang, alasannya untuk mengukur saiz. Kelakar pun ada, sebab belum bertunang sudah tahu barang yang akan diperolehi.

Ada juga saudara mara yang pandai-pandai menokok tambah dalam barangan yang perlu disediakan walaupun keluarga bertunang merasakan cukup ala kadar mengikut kemampuannya. Ini yang menjadikan majlis tersebut semakin huru hara. Perbelanjaan yang dikeluarkan turut di luar kemampuan bapa pertunangan. Kononnya bagi menampakkan kekayaan yang ada bagi menutupi kemiskinan. Pada aku, buat apa kita menurut cakap orang. Bukan anak dia yang bertunang, anak kita, majlis kita. Ikut kitalah nak buat macamana. Inilah namanya syaitan bertopeng manusia. Aku nak cerita lebih-lebih tidak boleh nanti aku pula yang dicop penyibuk. Klik jelah link sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons