Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

06/08/2011

TONTON TV MELALUI INTERNET

Yoonic tawar 25 saluran tanpa caj kepada pengguna

KEPUASAN menonton di mana juga berada. Itu yang dijanjikan perkhidmatan televisyen berjalur lebar (bbtv) nasional, Yoonic yang menemui penonton bermula 23 Jun 2008.

Dibangunkan SyQic Capital Sdn Bhd, Yoonic yang terpaksa merentas pelbagai laluan mencabar untuk melengkapkan penyelesaian protokol televisyen internet hadir membawakan pelbagai pengisian kepada pengguna.

Kehadiran Yoonic juga membuka ruang kepada khalayak di negara ini untuk menonton siaran televisyen berkualiti tinggi menerusi komputer yang dilengkapi jalur lebar.

Ketua Pegawai Eksekutif SyQic Capital, Jamal Hassim berkata, Yoonic dilancarkan selepas beberapa tahun melakukan penyelidikan mendalam merangkumi ujian tekanan dan pengukuran prestasi untuk penyiaran optimum IPTV di Malaysia dan sekitar Asia.

Katanya, Yoonic bersandar kekuatan kepada pengisian terbaru dan terkini, portal informasi yang menggabungkan perkhidmatan dengan pelbagai elemen menarik.

"Yoonic antara lain membariskan siaran televisyen dalam dan luar negara, iklan eksklusif, permainan interaktif dan siaran berasaskan informasi," katanya pada majlis penerangan media berkaitan pengisian interaktif dan perkhidmatan yang ditawarkan Yoonic, baru-baru ini.

Menawarkan 25 saluran tanpa caj sebagai permulaan, Yoonic menyediakan variasi pilihan tayangan filem, program televisyen popular, sukan, rancangan kanak-kanak serta pengisian rancangan atas cadangan pengguna.

Menariknya kata Jamal, siaran di Yoonic menemui penonton secara aliran langsung daripada rancangan televisyen terpilih dari seluruh dunia.

"Penonton juga berpeluang menikmati tonton video serta permainan video berjadual sekali gus memberi keseronokan kepada pengguna komputer dan komputer riba pengalaman seperti menonton televisyen," katanya.

Antara tarikan yang bakal menjadi kegemaran pengguna apabila Yoonic selain menawarkan permainan, mereka juga berpeluang menikmati program khas berkaitan kehidupan seharian.

"Maklumat seperti laporan cuaca, jadual penerbangan, informasi trafik semasa serta perkhidmatan kerajaan dan kemasyarakatan turut disediakan," katanya.

Kini dinikmati lebih 1,000 pengguna menerusi perkhidmatan percubaan, Yoonic juga memberi peluang kepada pengguna untuk membeli belah secara online.

Katanya, keyakinan pengguna tidak seharusnya diragui kerana Yoonic bekerjasama dengan nama besar dalam industri penyiaran.

Antara syarikat yang terbabit adalah Multimedia Entertainment (yang bertanggungjawab mengedar program dari Korea, Jepun dan China), Regentact Co Ltd, Television AirTime and Services, Vision Plus Entertainmen, Thema, Kamera Content AB, Al Jazeera International dan AMS Sdn Bhd yang membekalkan kandungan berbentuk sukan, Bloomberg TV dan Fashion TV.

"Yoonic akan mencetus satu revolusi dalam cara khalayak menonton televisyen serta kadar interaktif penonton dengan kandungan yang dibekalkan," katanya.

INFO

Muat turun pemain Yoonic

Untuk mengakses, pengguna perlu memuat turun perisian pemain Yoonic dengan melakukan langkah berikut menerusi laman web: www.yoonic.tv.

# Daftar maklumat pengguna serta pilih nama login dan password
# Klik tab muat turun
# Laman pemasangan akan kelihatan dan klik ikon (install)
# Tunggu sehingga proses muat turun selesai dan ikon Yoonic akan kelihatan di skrin
# Untuk memulakan, klik pada ikon Yoonic
# Isi login dan password untuk menikmati pilihan program yang ditawarkan.

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons