Hangat kalau dihimpunkan dalam satu pertandingan.Akademi Fantasia juga sudah sampai ke kemuncaknya apabila konsert final AF9 terlaksana Sabtu ini. Adakah akan ada program istimewa AF yang menghimpunkan juara dan bintang-bintang daripada sembilan musim program realiti popular di Astro Ria itu?
Kalau ada, apa pula nama programnya? Kalau namakan AF All Starz okey juga.
Kefli antara tarikan AF3 kerana wajah comelnya.Kalau tak silap saya, pihak Astro dapat lesen francais daripada Le Academia untuk menerbitkan AF selama sepuluh musim. Kalau sudah diuar-uarkan sejak awal pasal pemberhentian AF selepas musim sembilan berakhir, pastilah pihak Astro ada perancangan lain untuk musim kesepuluh.
Drama Khai-Rosma-Zarina hangatkan AFAF bukan sahaja pertandingan menyanyi, tapi ada terselit drama di dalamnya. Drama cinta Khai dan Rosma yang kini sudah berkahwin dan memiliki seorang anak antara yang jadi ingatan. Khai dan Rosma berkawan selepas masing-masing masuk AF1.
Kay AF9 (kanan) bersama abangnya, Diddy AF4 Mahukah artis kembali ke kelas?
Kalau benar-benar mahu menerbitkan program seumpama itu banyak juga isu yang harus difikirkan. Mahukah artis-artis yang sudah banyak komitmen itu masuk ke kelas untuk belajar semula?
Mungkin aktiviti kelas sudah tidak sesuai lagi. yalah masing-masing sudah mencipta nama sebagai penyanyi, kalau masuk ke kelas dan kena marah dengan guru, pasti tak sedp mana melihatnya.
Mereka pastinya ada jadual tersendiri yang pastinya diutamakan. Kalau sekadar mahu bersaing di pentas konsert, nanti impaknya tidak jadi besar pula. Semestinya pihak produksi lebih tahu pasalnya bila sudah memutuskan untuk menerbitkannya.
Tunggulah pengumuman pihak Astro kalau apa yang diperkatakan ini benar-benar ada dalam perancangan mereka.
Penuh nostalgia








0 comments:
Post a Comment
Dah Baca? Tinggalkan komen anda...