Subscribe:

Ads 468x60px

14/09/2011

Bekas Tentera, Polis dan Waris bukit Kepong



MOHD. SHAH (dua dari kiri) menyerahkan deklarasi Bukit Kepong kepada Said Zainal Abidin di Bukit Kepong, Johor semalam.


PAGOH - Laungan 'hidup pejuang' bergema sebanyak tiga kali di tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong apabila hampir 1,000 orang bekas polis, bekas tentera serta waris peristiwa tragedi Bukit Kepong berhimpun bagi membantah tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan kewibawaan pasukan keselamatan negara.
Sehubungan itu, tiga persatuan iaitu Persatuan Bekas Polis Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia serta Persatuan Veteran Tentera Melayu bersepakat mengeluarkan Deklarasi Bukit Kepong bagi mengingatkan semua pihak agar tidak mengguris hati dan perasaan para pejuang yang menjaga kedaulatan negara ini.
Deklarasi itu berbunyi: "Bahawa kami seluruh ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia pada 13 September 2011 dengan ini membantah serta menolak apa-apa jua kenyataan yang boleh mengguris hati dan perasan para pejuang yang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinta."

Sumber : KOsmo Online

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons