Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

09/09/2011

Gambar bogel?


Nizam mempunyai seorang kekasih bernama Zubaidah. Mereka berkenalan lama lebih kurang 2 tahun, bercinta 3 tahun tapi masih belum bertunang. Nizam tinggal di TU manakala Zubaidah tinggal di TG. Jarak rumah mereka agak jauh, kira-kira 3 batang rokok surya yang dihisap. 

Mereka berjumpa setiap hari kerana kerja satu opis cuma Zubaidah kini menjadi pegawai besar manakala Nizam hanyalah Opis Boy. Walaupun berbeza pangkat tapi Nizam tidak kisah dan tidak malu kerana dia tau mesti Zubaidah sayang padanya. Dalam diam-diam, Nizam tidak mengetahui bahawa kawannya Sudan menaruh harapan pada Zubaidah. Nizam tinggal di rumah sewa di Bandar M dan rumahnya menjadi port untuk kawan-kawannya melepaskan letih ketika waktu rehat. Kebiasaannya mereka akan bermain PES 2011 dan Nizam pun turut serta. 


Sambil bermain PES, mereka bergurau senda tentang kekasih hati masing-masing. Nizam begitu suka jika kawan-kawannya memujinya pandai memikat Zubaidah. Nizam bangga tahap nak pecah hidung. Sudan juga tidak terkecuali akan menceritakan kekasihnya yang tinggal di kampung. Ketika bercerita tentang kekasih hati, tiba-tiba Isa masuk ke dalam rumah sambil menjerit-jerit. Semua orang terkejut melihat gelagat Isa. Norfai yang hangin melihat gelagat Isa terus sound, " woi loser, ko dah nak mampus ke?"

Isa menjawab, "aku ada benda best ni. korang nak tengok x?" "benda pe ko bawa?"Tanya yang lain. "Aku ada gambar bogel Zubaidah. Ada kawan aku bagi semalam" Isa menjawab.

Nizam mendengar sambil tercengang. Dia fikir camne Isa boleh dapat gambar Zubaidah, padahal dia yang dah lama bercinta dengan Zubaidah pun tak pernah nampak rambut Zubaidah. Cis,"Isa, meh sini aku tengok gambar tu." Mereka tawar menawar untuk mendapatkan gambar tersebut dan akhirnya Nizam bersetuju membayar RM10. Nizam terkejut apabila gambar yang dilihat memang kekasih hatinya.



0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons