Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

22/09/2011

Kisah Penjamin

Kes-kes perbicaraan di mahkamah apabila melibatkan kes mahkamah tinggi dan sebutan memerlukan penjamin. Jumlah maksimum jaminan memang tidak ditetapkan. Adakalanya jaminan melebihi jumlah denda maksimum bagi sesuatu kes. Wang jaminan adalah sebagai syarat bagi mengikat seseorang OKT daripada melarikan diri dan perjanjian untuk hadir bagi perbicaraan sepenuhnya. Kebiasaannya ikat jamin memerlukan penjamin dan jumlah penjamin tidak ditetapkan berapa ramai. Kebiasaannya seorang dan adakalanya lebih.

Berlaku beberapa kes di mana orang yang dijamin tidak menghadirkan diri ke perbicaraan dan telah menyebabkan penjamin hadir memberikan keterangan berkaitan orang yang dijamin. Sebelum menandatangani sesuatu dokumen jaminan, penjamin telah dimaklumkan syarat-syarat untuk menjadi penjamin. Apabila orang yang dijamin tidak menghadirkan diri dan penjamin gagal mencari dan membawa orang yang dijamin, maka mahkamah akan mengarahkan penjamin mengambilalih tempat tertuduh dan penjamin akan membayar jumlah denda mengikut jenis kesalahan orang yang dijamin.

Sekiranya denda bagi kes tersebut maksimum RM3000 @ 2 tahun penjara, maka penjamin boleh didenda sehingga banyak itu. Masalah yang biasa timbul apabila penjamin tidak mengenali orang yang dijamin dan main ambil muat je. Asal boleh lepas diri. Apa yang nak saya perkatakan disini apabila kes melibatkan warga asing, lebih-lebih pemegang pasport. Sekiranya warga asing dihadapkan ke mahkamah, penjamin selalunya mestilah warga Malaysia dan jumlah jaminan juga adalah tinggi.

Semalam saya hadir ke mahkamah syariah dan tengok ada kes persetubuhan luar nikah melibatkan warga asing dan penduduk tempatan. Pasangan telah berkahwin dan mempunyai anak tidak sah taraf. Mahkamah perintah ikat jamin RM4000 bagi lelaki (warga asing), penjamin rakyat Malaysia dan perempuan RM2500 (Malaysia). Denda maksimum kes tersebut RM5000 @ 3 tahun @ 6 sebatan. Apabila mahkamah perintah jaminan tersebut, foreigner tu dah kelam kabut nak cari penjamin. Secara kebetulan dia nampak seorang lelaki berkopiah dan menawarkan lelaki tersebut untuk menjadi penjaminnya. Nasibnya agak baik apabila lelaki tersebut setuju dan lelaki tu seorang yang lurus bendul. Saya hampir bergaduh dengan foreigner tu apabila saya cuba menasihatkan lelaki tersebut syarat penjamin. Malangnya apabila lelaki tersebut terus menjadi penjamin. Saya kasihan kepada lelaki tersebut kerana sekiranya jika foreigner tu lari, dia yang jadi mangsa. Penjamin tupun bukan dari golongan yang kaya atau banyak duit pun. Ibarat kasi pagi makan petang.  Saya menekankan disini, apabila seseorang foreigner minta untuk jadi penjamin, elakkanlah diri. Kalau nak jadi penjamin gak, minta deposit mengikut jumlah denda maksimum. Andai kata foreigner lari pun, kita dah ada duit. Bukan saya nak ajar untuk amik rasuah tapi ni sebagai jaminan untuk dia hadir. Kalau dia dah hadir, pulang balik duit tu. Saya kasihan bila tengok penjamin terpaksa membayar denda bagi pihak OKT setelah OKT tak hadir.

Masalah Menjadi Penjamin

Kisah Jadi Penjamin

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons