Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

19/09/2011

Pemilik Kuku Jari Tangan Terpanjang Di Dunia


Christine Walton dari Las Vegas, Amerika Syarikat, telah dianugerahkan sebagai pemegang rekod baru untuk kuku terpanjang, memiliki kuku sepanjang 309.8cm bagi tangan kiri dan 292.1cm pada tangan kanannya dengan jumlah yang begitu panjang iaitu 601.9cm.

Christine berusia 45 tahun, juga merupakan seorang penyanyi yang berbakat dengan nama glamour "The Dutchess", menyimpan kuku tersebut sejak tahun 1990 dan tidak pernah memotong kuku-kuku tersebut.

"Saya tidak pernah membuat keputusan yang bersungguh-sungguh untuk menyimpan kuku, tetapi dengan semua anak-anak saya dan komitmen muzik yang saya ada rasanya ia adalah lebih mudah untuk membiarkan kuku tumbuh. Saya membiarkan saja dan pada suatu hari saya lihat kuku saya telah panjang sebanyak 9 inci!"



Christine menegaskan kuku tidak menghalang beliau dari menjalani kehidupan secara normal, dia masih boleh membuat rambut tocang, memasak dan memandu, bagaimanapun, dia mengaku susah untuk membeli-belah terutama pakaian. "Saya akan melihat baju-baju yang cantik terutama baju yang memiliki lengan yang halus tapi saya tahu mustahil untuk memilikinya kerana kuku saya pasti akan membuat lengan baju tersebut koyak."

Christine berkata beliau begitu gembira menerima rekod: "Saya rasa begitu istimewa setelah diiktiraf memiliki kuku yang terpanjang didunia. Ia adalah penting bahawa kita meraikan perbezaan dan ianya adalah rahmat.".

Sebelum ini rekod dipegang oleh Lee Redmond. Malangnya rekod tersebut tidak dapat kekal lama setelah terlibat dalam satu kemalangan kereta pada 2009. Rekod beliau sebelum ini dengan jumlah panjang kuku 28kaki, 4.5 inci.

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons