Subscribe:

Ads 468x60px

07/09/2011

Tips Menghafal Al-Quran

Al-Quran dan As-sunnah merupakan 2 perkara yang telah ditinggalkan oleh Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana hadis Rasullullah SAW yang membawa maksud :-


"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku."


Jadi di sini, kita sebaik-baiknya cuba untuk menghafal al-Quran sebanyak mana yang termampu ataupun menghafal beberapa surah yang penting di dalam al-Quran. Sukacita aku mengatakan terasa diri ini ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman dalam menghafal ayat-ayat suci al-Quran. 


Antara tips yang sering aku gunakan adalah :-


1)  Sebelum kita mula menghafal, baca keseluruhan surah tersebut sekurang-kurangnya 2-3 kali. Kemudian, pastikan segala cara bacaan, sebutan makhraj dan juga tajwid adalah betul.


2)  Mula menghafal ayat pertama. Disiplinkan diri untuk menghafal sekurang-kurang 5-6 ayat sehari. Sekiranya ayat di dalam surah itu agak panjang, pastikan anda dapat menghafal 3-4 ayat. Jikalau lebih, amatlah digalakkan.


3)  Semasa menghafal suatu ayat tersebut, ulang sebanyak 7-10 kali dengan membaca ayat tersebut. Kemudian, pejamkan mata anda dan mula membaca ayat tersebut dengan betul. (Pengulangan bacaan ayat tersebut bergantung kepada kemampuan anda).


4)  Sekiranya anda sudah dapat menghafal ayat 1 dengan baik, mula menghafal ayat yang seterusnya pula. Ulang langkah 3 semula.


5)  Selepas anda dapat menghafal kedua-dua ayat tersebut, sebelum anda mula menghafal ayat ke-3, pastikan, anda baca terlebih dahulu ayat 1 dan 2 yang baru anda hafal sebentar tadi. Tujuannya adalah untuk menguatkan lagi tahap ingatan anda terhadap ayat-ayat tersebut.


6)  Untuk ayat-ayat seterusnya, ulang langkah 3 dan 4 tadi dengan baik.

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons