Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

21/10/2011

Cara Memakai Minyak Wangi

 

Minyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai dicalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yang dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.

Haruman akan tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Bagi sesiapa yang suka bertukar haruman dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yang tinggal pada benang pakaian mungkin tidak sesuai dengan pemakaian minyak wangi baru.

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri.Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Mengapa bau minyak wangi berbeza-beza apabila dipakai oleh orang berlainan?

Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.
Suhu dan kelembapan yang berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.
Minyak wangi adalah campuran bahan tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yang baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yang berterusan.
Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dengan peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.
Setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri.Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang. Orang lain mungkin sesuai dengan haruman yang digunakan tetapi tidak pada kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons