Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

25/10/2011

Ciri-ciri Nafsu



Begitu banyak perkataan nafsu disebut dalam kitab Al Quran dan hadith,apakah nafsu? Sebaik sahaja Allah mencipta roh,Allah bertanya,'Apakah Aku (Allah) Tuhan kamu?' Jawab roh,'Bahkan kami bersaksi'. Roh bersaksi dan membuat pengakuan Allah adalah tuhan.

Ini berbeza dengan nafsu. Sebaik Allah mencipta nafsu,Allah bertany...a,'siapa engkau dan siapa Aku (Allah) '.Nafsu menjawab,'Engkau adalah engkau dan aku adalah aku'. Begitu angkuhnya nafsu hingga tidak mahu memperakukan Allah sebagai tuhan. Lalu Allah membakar nafsu dalam neraka selama tiga ribu tahun.


Selepas dikeluarkan dari neraka Allah bertanya soalan yang sama. Jawapan daripada nafsu tetap sama. Maka Allah membakar nafsu selama tiga ribu tahun lagi.

Apabila Allah bertanya soalan yang sama,jawapan daripada nafsu tetap juga sama. Allah bakar nafsu selama seribu ribu tahun lagi. Selepas dikeluarkan dari neraka dan Allah bertanya soalan yang sama. Pada kali ini barulah nafsu menjawab,'Engkau (Allah) adalah Tuhanku dan aku adalah hamba'.

Nafsu begitu degil, angkuh ,sombong dan bongkak pada asalnya tidak mahu mengaku Allah itu Tuhan. Selepas dibakar dalam neraka selama tujuh ribu tahun baru nafsu mahu mengaku Allah itu Tuhan. Allah memasukkan nafsu yang degil ini bersama kejadian manusia.

Kewujudan nafsu dalam diri manusia bukan sentisa membawa kepada kejahatan dengan syarat nafsu itu perlu ditundukkan atau dijinakkan seperti kuda liar. Seperti kuda yang mempunyai manfaat apabila dijinakkan,begitu juga dengan nafsu.

Manfaat menjinakkan nafsu:

1. Manusia berkembang biak.
2. Dunia makmur dengan pelbagai kemajuan dan pembangunan
3. Saintis terus menyelidik sehingga menghasilkan penemuan baru berpandukan Al Quran.
4. Penerokaan sistem bintang dan angkasa lepas.

Menjadikan nafsu sebagai Tuhan ditegah kerana membawa akibat buruk kepada manusia di dunia dan di akhirat. Sebab itu apabila sahabat yang meminta izin daripada Rasulullah bagi membuang nafsu, Rasulullah melarang. Ini kerana nafsu diperlukan oleh manusia bagi kelangsungan hidup.

Selain Allah melarang mengambil nafsu sebagai tuhan, Allah juga melarang manusia hidup seperti iblis dan sama seperti haiwan. Manusia yang bertuhankan nafsu sendiri kemanusiannya hancur musnah sama seperti iblis dan haiwan.

Apabila iblis sanggup menerima laknat dari Allah dan menjadi penghuni neraka ertinya iblis kembali kepada sifat asal nafsu sanggup dibakar dalam api neraka yang azab itu. Manusia yang menjatuhkan diri kepada taraf haiwan yang bertuhankan nafsu maka mereka menolak akal dan memusnahkan seluruh kehidupan.

Hidup manusia bertuhan nafsu bebas dan tiada batas seperti:

1. Tidak mengira halal dan haram dalam tuntutan hukum islam.
2. Tiada adab dan sopan
3. Tiada pedoman akhlak
4. Menjadi ganas seperti haiwan liar
5. Melakukakan aktiviti harian tanpa memikirkan Tuhan, Hukum-hukum agama dan kesatuan ummmah dan kemanusiaan

Allah berfirman:

'Kemuncak perbuatan derhaka manusia bertuhankan nafsu adalah Allah menyesatkan mereka dan menutup pandangan mereka dari melihat kebenaran. Mereka terus tidak mengenal Allah dan agama yang benar'.Ini adalah akibat hidup bertuhankan nafsu'
(Surah al-Jasiyah,ayat 13)

Sifat asas nafsu adalah menentang kehendak Allah dan tuntutan agama. Apa sahaja perintah Allah dan tuntutan agama,perkara yang disukai dan halal serta menjadi suruhan Allah serta tuntutan agama,maka perkara itu yang dibenci oleh nafsu. Apa sahaja perkara yang ditegah,dibenci dan diharamkan oleh Allah dan tuntutan agama, maka perkara itu disukai oleh nafsu.

Bagi mengenal godaan dan pengaruh nafsu yang wujud dalam diri sendiri adalah mudah. Masing-masing mempunyai pengalaman sendiri.

Cara mengenal sifat nafsu:

1. Bandingkan perasaan dengan perintah Allah

Berat bagi melakukan perintah Allah. Nafsu mendatangkan pelbagai hujah supaya tidak beramal ataupun melakukan amal dengan tidak serius. Nafsu dirasakan pelbaga kemanisan dalam melakukan maksiat dan berlalai-lalai.

2. Bandingkan perasaan dengan solat

Solat yang mengambil masa sepuluh minit terasa berat,membosankan dan mahu diselesaikan secepatnya. Apabila imam membaca surah yang panjang, hati merungut dalam solat dan marah kepada imam. Apabila tinggi badan merasa rimas. Apabila melakukan aktiviti berbentuk hiburan, tiga jam terasa singkat dan tiada kepuasan.

3. Sikap tamak, rakus dan kedekut

Apa yang dimiliki bukan kepunyaan kita sebaliknya ia milik Allah. Mengapa manusia menjadi tamak? Manusia perlu menjadi pemurah dan bersedekah. Apabila mengetahui semuanya adalah milik Allah,sikap tamak tidak mungkin terjadi. Namun,angkara nafsu, manusia menjadi tamak dan kedekut. Kenyataan semua milik allah terus diabaikan.

Sikap sebegini jauh berbeza berbanding dengan sikap orang-orang utama iaitu orang yang benar dan dekat dengan Allah dalam mengahadapi nafsu. Bagi orang yang berijtihad ataupun orang-orang utama, mereka menetapkan parkara yang dilakukan atau keinginan dengan tidak mendahulukan Allah dianggap sebagai nafsu.

Misalnya keinginan orang yang mahukan sejenis makanan tidak didahului dengan ingatan kepada Allah dianggap sebagai nafsu. Orang yang dapat menjinakkan nafsu tidak menyentuh makanan itu sehingga hatinya mendahului ingatan kepada Allah.

Sebagai orang awam, tidak perlu sehingga ke peringkat itu. Sudah memadai dengan menyukai apa yang Allah dan agama perintahkan dan mengelak apa yang Allah dan agama larang.

Kesan apabila berjaya melawan nafsu sendiri:

1. Kesatuan ummah serta kehidupan manusia selamat, aman, damai dan tenteram
2. Meminimumkan gejala sosial walaupun tidak berjaya menghapuskan secara menyeluruh.
3. Penjara dan pusat serenti lengang.
4. Tiada kes tertunggak di mahkamah
5. Keganasan rumah tangga berkurangan
6. Kilang membuat senjata semakin mundur
7. Perlumbaan senjata pemusnah tidak berlaku.

Kesakitan melawan dan memerangi nafsu liar kerana kemanisan syurga yang Allah sediakan tidak dapat dibayangkan oleh akal dan tidak terlintas oleh fikiran manusia...

wallahuallam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons