Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

06/10/2011

Pengasas Apple Meninggal Dunia



CUPERTINO (California): Apple berkata pengasas syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat itu, Steve Jobs meninggal dunia hari ini.

Beliau berusia 56 tahun.
Dalam satu kenyataan ringkas, Jobs meninggal dunia pagi ini selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama. - AP

NEW YORK 6 Okt – Syarikat gergasi komputer, Apple semalam mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser. Beliau berusia 56 tahun.
“Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober),” kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan semalam.
Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.
Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple. – AFP


SUMBER 




Latar Belakang Ringkas


Steven Paul "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011) ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs
juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995). Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula, dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salag satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh. Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios. Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.
Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama.
Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai KPE Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple.
Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.

PERJALANAN kEHIDUPAN 

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons