Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

07/10/2011

Perjalanan Hidup Steve Jobs


Steve Jobs dilahirkan di luar nikah di San Francisco, California oleh Joanne Carole Schieble, ibunya yang merupakan warganegara Amerika Syarikat, dan Abdulfattah John Jandali, bapanya yang berkebangsaan Syria, dengan kedua-dua mereka itu merupakan penuntut siswazah ketika itu. Bapanya kemudian menjadi profesor sains politik Seminggu selepas kelahirannya, Jobs diserahkan sebagai anak angkat kepada Paul dan Clara (née Hagopian) Jobs dari Mountain View, Kaunti Santa Clara, California. Mereka memberinya nama Steven Paul Jobs.


Ibu bapa kandungnya kemudian berkahwin dan melahirkan adik perempuan Jobs, iaitu penulis novel Mona Simpson, yang Jobs tidak pernah bertemu sehingga mereka dewasa. Bagaimanapun, perkahwinan ibu bapa kandungnya berakhir dengan penceraian beberapa tahun kemudian. Job tidak suka mendengar Paul dan Clara Jobs digelar "ibu bapa angkat" dan merujuk kepada mereka sebagai ibu bapanya yang tunggal.
Jobs belajar di Sekolah Menengah Cupertino dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California, dan seringnya menyertai syarahan-syarahan selepas waktu sekolah di Syarikat Hewlett-Packard di Palo Alto, California. Tidak lama kemudian, beliau diupah oleh Steve Wozniak sebagai pekerja musim panas. Pada tahun 1972, Jobs tamat sekolah tingginya dan mendaftarkan masuk ke Kolej Reed di Portland, Oregon. Walaupun beliau tercicir selepas hanya satu semester, beliau masih meneruskan kelas-kelas audit seperti seni khat di Reed. "Jika saya tidak meneruskan kursus tunggal itu semasa di kolej, Mac tidak akan mempunyai berbagai-bagai muka taip atau fon teruang mengikut kadar," beliau berkata.
Pada musim luruh tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mula menyertai perjumpaan-perjumpaan Kelab Komputer Homebrew dengan Steve Wozniak. Beliau bekerja sebagai juruteknik di Atari, sebuah pengilang untuk permainan video yang popular, dengan tujuan utama untuk menyimpan wang yang mencukupi supaya dapat ke India untuk mencari ketenangan rohaniah. Semasa dekad 1960-an, wisel yang terkandung di dalam setiap kotak bijirin sarapan Cap'n Crunch didapati oleh para pemphreak telefon (dan dipopularkan oleh John Draper) bahawa ia boleh mengeluarkan semula nada penyeliaan 2600 Hz yang digunakan oleh sistem telefon jarak panjang AT&T jika separuh wisel itu dilekatkan dengan pita perekat. Selepas membaca tentang perkara itu dan berjumpa dengan John Draper kemudian, Jobs dan Wozniak memulakan sebuah perniagaan yang tidak lama wujud pada tahun 1974 untuk membina "kotak biru" yang membenarkan panggilan jarak panjang percuma yang haram.

Jobs kemudian mengembara secara menumpang ke seluruh India bersama-sama Daniel Kottke, kawannya daripada Kolej Reed (yang kemudiannya menjadi pekerja Apple yang pertama), untuk mencari kesedaran falsafah. Beliau kembali dengan berpakaian India tradisional serta kepala tercukur. Jobs kemudian kembali ke pekerjaannya di Atari dan ditugasi untuk mencipta sebuah papan litar untuk permainan Breakout.
Menurut Nolan Bushnell, pengasas Atari, Atari ketika itu sedang menawarkan AS$100 bagi setiap cip yang dikurangkan dalam mesin permainan. Jobs tidak mempunyai sebarang minat atau pengetahuan tentang reka bentuk papan litar dan membuat perjanjian dengan Wozniak bahawa beliau akan membahagikan bonusnya dengan sama rata jika Wozniak dapat mengurangkan bilangan cip tersebut. Yang sungguh menghairankan Atari, Wozniak mengurangkan 50 cip melalui sebuah reka bentuk yang sangat ketat sehingga tidak dapat dikilangkan dengan rangkaian pemasangan. Pada masa itu, Jobs memberitahu Wozniak bahawa Atari hanya membayarnya AS$700 (sedangkan yang dibayar ialah AS$5,000) dan oleh itu, bahagian Wozniak adalah AS$350. 

Apabila Jobs yang ketika itu berumur 21 tahun melihat komputer yang direka oleh Wozniak untuk kegunaan diri, beliau meyakinkan Wozniak untuk membantunya dan mereka memulakan sebuah syarikat untuk memasarkan komputer. Syarikat Apple Company diasaskan sebagai sebuah perkongsian pada 1 April 1976. Walaupun tujuan permulaan mereka adalah hanya untuk menjual papan litar bercetak, Jobs and Wozniak akhirnya mencipta sekumpulan komputer siap pasang dan dengan itu, menyertai perniagaan komputer peribadi. Apple I, komputer peribadi pertama yang Jobs dan Wozniak memperkenalkan dijual pada harga AS$666.66, suatu nombor yang dicadangkan oleh Wozniak kerana beliau suka akan digit yang berulang. Apple II, pengganti untuk komputer pertama, diperkenalkan pada tahun berikut. Komputer kedua ini mencapai suatu kejayaan yang unggul dan menyebabkan Apple menjadi satu pemain yang utama dalam industri komputer peribadi yang baru muncul (nascent). Pada bulan Disember 1980, dengan Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang amat berjaya, Apple Computer menjadi sebuah perbadanan yang didagang secara awam, dan menyebabkan Jobs menjadi seorang jutawan.

Ketika Apple terus berkembang, syarikat itu mula mencari seorang eksekutif yang berpengalaman untuk membantu menguruskan perkembangannya. Pada tahun 1983, Jobs memikat John Sculley untuk meletakkan jawatannya di Pepsi-Cola untuk menjawat Ketua Pegawai Eksekutif Apple dengan cabaran, "Adakah anda hendak menghabiskan seumur hidup anda dengan menjual air gula, atau anda hendak suatu peluang untuk mengubah dunia?" Pada tahun berikut, Apple mula berbuat demikian dengan iklan televisyen Super Bowl yang berjudul "1984". Dua hari kemudian dalam mesyuarat pemegang saham tahunan pada 24 Januari 1984, suatu Jobs yang penuh beremosi memperkenalkan Apple Macintosh kepada wildly enthusiastic audience; Andy Hertzfeld memerihalkan the scene as "pandemonium". Macintosh menjadi komputer antara muka pengguna grafik yang pertama yang mencapai kejayaan komersil, walaupun ia amat dipengaruhi oleh Xerox PARC. Pembangunan Mac dimulakan oleh Jef Raskin, dan akhirnya diambil alih oleh Jobs.
Sedangkan Jobs merupakan seorang persuasive and charismatic evangelist bagi syarikat Apple, sesetengah pekerja pada zaman itu memerihalkannya sebagai seorang pengurus yang tidak menentu dan tempestuous. Suatu industry-wide sales slump menjelang akhir tahun 1984 menyebabkan deterioration dalam hubungan working relationship Jobs dengan Sculley, dan pada akhir bulan Mei 1985 – menyusuli suatu power struggle dalaman dan pengumuman significant layoffs – Sculley menyingkirkan Jobs daripada tanggungjawabnya sebagai ketua bahagian Macintosh. 

Pada tahun 1986, apabila Jobs mendapati bahawa beliau di ketepikan oleh syarikat yang diasaskanya, beliau menjual semua kecuali satu sahamnya dalam syarikat Apple. Pada sekitar masa itu, beliau mengasaskan lagi sebuah syarikat komputer, NeXT Computer. Seperti Apple Lisa, stesen kerja NeXT adalah maju dari segi teknologi, tetapi komputer itu tidak pernah berupaya memasuki aliran utama, khususnya kerana harganya yang mahal. Bagaimanapun, antara mereka yang mampu membelinya, stesen kerja NeXT menarik pengikut yang kuat kerana kekuatan tekniknya, terutama antaranya adalah sistem pembangunan perisian berorientasi objeknya. Jobs memasarkan produk-produk NeXT kepada bidang-bidang saintifik dan akademik kerana teknologi-teknologi inovatif dan uji kajinya yang baru (seperti inti Mach, cip pemproses isyarat digital, dan port Ethernet terbina).

NeXTcube ditonjolkan oleh Jobs sebagai sebuah komputer "interpersonal" yang beliau percaya merupakan langkah yang menyusuli pengkomputeran "peribadi". Menurut beliau, jika komputer berupaya membenarkan orang-orang berkomunikasi dan bekerjasama dengan cara yang mudah, ia akan mengatasi banyak masalah yang dihadapai oleh komputer "peribadi". Jobs telah dikritik kerana tidak memasukkan ciri-ciri perangkaian terbina dalam Macintosh yang asal (menggelarnya "tali pusat ke syarikat"), dan beliau berazam tidak akan mengulangi kesilapannya. Pada zaman ketika e-mel merupakan teks mudah kepada kebanyakan orang, Jobs gemar menunjukkan NeXTMail, sistem e-mel NeXT, sebagai salah satu contoh falsafah "interpersonal"-nya. NeXTMail merupakan salah satu e-mel yang awal untuk mendukung audio dan grafik yang jelas secara sejagat, boleh diklik terbenam.

Jobs mengendalikan NeXT dengan ketaksuban kepada kesempurnaan estetik, ini terbukti dengan benda-benda seperti bekas magnesium NeXTcube. Ini mengakibatkan tekanan yang ketara pada bahagian perkakasan NeXT dan pada tahun 1993 selepas hanya menjual 50,000 buah mesin, NeXT beralih sepenuhnya kepada pembangunan perisian dengan penerbitan NeXTSTEP/Intel.
Teknologi NeXT memainkan peranan utama dalam memangkinkan tiga peristiwa yang tidak berkait:
  • Jaringan Sejagat: Tim Berners-Lee mengembangkan sistem Jaringan Sejagat yang asal di CERN dengan stesen kerja NeXT. Ketegasan Jobs bahawa orang biasa harus berupaya menulis atur cara penggunaan "mission-critical" terlanggan merupakan asas Interface Builder yang dipergunakan oleh Berners-Lee untuk berbuat demikian dengan penulisan atur cara "WorldWideWeb 1.0"-nya.
  • Komputer NeXT dipergunakan dalam pembangunan permainan komputer Doom.
  • Kepulangan Apple Computer. Kebergantungan Apple kepada perisian kuno dan kesilapan pengurusan dalaman, khususnya ketakupayaannya untuk menerbitkan suatu penaiktarafan sistem pengendalian yang utama, mengakibatkannya hanya hampir mengalami kemuflisan pada awal hingga pertengahan dekad 1990-an. Pendirian Jobs yang maju mengenai terlalu mengharap Unix yang dianggap sebagai terlalu bercita-cita tinggi dan agak ketinggalan pada dekad 1980-an, tetapi pilihannya akhirnya menjadi suatu asas yang kukuh dan boleh dikembangkan untuk sebuah sistem pengendalian. Apple kemudian memperoleh perisian itu dan di bawah pimpinan Jobs, mengalami suatu zaman pembaharuan.
Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT pada harga AS$402 juta, dan mengembalikan Jobs kepada syarikat yang diasaskannya. Pada tahun 1997, beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Apple yang interim selepas para pengarah lembaga lost confidence in dan ousted then-CEO Gil Amelio dalam sebuah boardroom coup. Pada bulan Mac 1998, supaya dapat menumpukan usaha Apple kepada returning to profitability, Jobs dengan segeranya menamatkan sebilangan projek sepertiNewton, Cyberdog, dan OpenDoc. Pada bulan-bulan yang berikut, banyak pekerja mengembangkan ketakutan untuk berhadapan dengan Jobs ketika menaiki lif kerana "taka bahawa mereka tidak akan mempunyai pekerjaan lagi apabila pintu lif dibuka". Realitinya adalah bahawa summary executions Job adalah jarang, tetapi sebilangan mangsa adalah mencukupi untuk terrorize seluruh syarikat. Amalan itu kemudian dikenali sebagai "diStevekan" ("getting Steved").

Dengan pembelian NeXT, kebanyakan daripada teknologi syarikat digunakan dalam produk-produk Apple, khususnya NeXTSTEP, yang berkembang menjadi Mac OS X. Di bawah bimbingan Jobs, jualan syarikat naik dengan ketara dengan pengenalan iMac dan produk-produk lain yang baru; sejak dari masa itu, reka-reka bentuk yang menarik serta penjenamaan yang berkuasa telah memberikan kejayaan yang unggul kepada Apple. Dalam Expo Macworld 2000, Jobs menggugurkan modifier "interim" daripada jawatannya di Apple dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang tetap, suatu jawatan yang masih dipegang oleh beliau pada hari ini.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, syarikat Apple telah branched out. Dengan pengenalan pemain musik mudah alih iPod, perisian muzik digitial iTunes, dan iTunes Store, syarikat itu sedang making forays ke dalam bidang elektronik pengguna dan pengedaran muzik. Apple baru-baru sahaja menyertai perniagaan telefon bimbit dengan pengenalan iPhone, suatu telefon bimbit paparan berbilang sentuh, iPod, dan peranti internet. Sementara merangsang inovasi, Jobs juga mengingati pekerja-pekerjanya bahawa "seniman-seniman yang sebenar menghantar", Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan itu adlah bahawa penghantaran working produk pada tepat masa adalah sama penting dengan inovasi dan reka bentuk yang menarik.
Jobs bekerja di Apple pada gaji tahunan sebanyak AS$1, dan ini menyebabkannya disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai "Ketua Pegawai Eksekutif dengan Gaji Yang Terendah". Dalam ucapan keynote 2000 Ekspo Macworld di San Francisco, syarikat itu menggugurkan perkataan "interim" daripada nama jawatannya, dan menyebabkannya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang kekal. Gajinya di Apple masih dikekalkan pada AS$1 setahun secara rasmi walaupun secara tradisi, beliua telah menerima sebilangan "hadiah eksekutif" yang lumayan,termasuk sebuah jet yang berharga AS$46 juta paa tahun 1999 dan nyaris-nyaris 30 juta saham terhad pada tahun 2000-2002. Oleh itu, Jobs dicompensated well untuk usaha-usahanya di Apple walaupun gajinya hanya sedolar pada nama sahaja. Pendekatan ini mengurangkan personal tax liability kerana di bawah undang-undang cukai Amerika Syarikat sekarang, pendapatan gaji dicukai pada kadar yang jauh lebih tinggi (kini sehingga 35%) berbanding dengan cukai capital gains (kini sebanyak 15% maksimum) yang dikenakan pada keuntungan yang berasal daripada penjualan stock grants. 

Pada tahun 2001, Jobs diberikan 7,500,000 saham opsyen pada harga laksana sebanyak AS$18.30 tetapi beliau telah didakwa bahawa harga laksana yang sebenarnya adalah AS$21.10 dan oleh itu, beliau sepatutnya dikenakan pendapatan boleh cukai sebanyak AS$20,000,000 yang tidak beliau laporkan sebagai pendapatan olehnya. Apple overstated hasil pada jumlah yang sama. Jika tersabit, Jobs akan menghadapi sebilangan tuduhan jenayah dan hukuman sivil.
Apple mendakwa bahawa opsyen itu pada asalnya diberikan dalam sebuah mesyuarat lembaga khas yang mungkin tidak pernah berlaku. Tambahan pula, penyiasatan itu tertumpu pada pentakrihan opsyen yang palsu dan oleh itu, menyebabkan suatu kenaikan harga laksana sebanyak AS$20 juta yang retroaktif. Kes itu merupakan suatu penyiasatan kerajaan jenayah dan sivil yang aktif, walaupun suatu penyiasatan dalaman Apple yang bebas yang disiapkan pada 29 Disember 2006 mendapati bahawa Jobs tidak menyedari tentang persoalan-persoalan ini dan opsyen diberikannya telah dikembalikan pada tahun 2003 tanpa dilaksanakan. 

Pirates of Silicon Valley - dokudrama yang berdasarkan kebangkitan Apple dan Microsoft.

Apple telah melaporkan bahawa kematian Steve Jobs selepas beliau bergelut dengan penyakit akibat kanser pankreas sejak sekian lama. Pada hari kematiannya, laman web Apple telah memetik "Apple telah kehilangan seorang yang genius dan dunia telah hilang lelaki yang luar biasa. Kami bertuah berkerja bersama beliau, seorang mentor yang berinspirasi tinggi. Semoga semangat beliau kekal bersama Apple"

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons