Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

25/11/2011

Kamu Patut Direjam Sampai Mati....

 

Rabu lepas Mahkamah Tinggi Syariah bersidang membicarakan kes seksyen 23 EKJSJ 1997. Terdapat beberapa pasangan datang. Ada kes sebutan dan kes bicara. Dalam banyak-banyak kes ada satu kes yang agak menarik perhatian hakim.

Sepasang suami isteri telah berkahwin pada bulan januari 2010 dan telah melahirkan anak pada april 2011. Pasangan mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar nikah dan faham dengan fakta kes yang dibaca. Dalam fakta kes yang dibaca oleh Timbalan Pendakwa Syarie, wanita itu merupakan seorang janda ketika disiasat. Menarik kes ini. Pasangan telah mula skandal 3 tahun lepas ketika wanita tersebut masih mempunyai suami dan akibat perbuatan menduakan suami maka suaminya telah menceraikan wanita itu. Ketika ditanya oleh hakim, wanita tersebut menceritakan bahawa dia melakukan persetubuhan dengan pasangan ketika masih bersuami dan berkahwin dengan suami baru ketika baru habis eddah dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil.

Dalam alasannya untuk meringankan hukuman, pasangan mengatakan bahawa tidak mempunyai gaji yang banyak. Jumlah gaji kedua-duanya tidak mencecah RM1000 pun. Si suami bekerja di kebun sebagai penyiram pokok taugeh dan isteri sebagai pembantu warung. Timbalan Pendakwa Syarie yang membawa kes tersebut memohon satu hukuman berat dengan alasan bahawa wanita berstatus telah berkahwin dan mengikut hukum syara' direjam sampai mati. Pasangan pun hanya fikir hawa nafsu tidak memikirkan akibat dan kesan dari perbuatannya. Ulasan yang dikemukan oleh Pendakwaan telah menarik perhatian hakim dan menjatuhkan hukuman RM4000 @ 8 bulan penjara kepada wanita dan RM3000 @ 7 Bulan penjara kepada lelaki. selepas jatuh hukum, kedua-dua macam tak sedih dengan hukuman dan masih tersenyum.

Jika diperhatikan dari kes tersebut, sepatutnya hukuman lebih berat. Tapi hakim menjatuhkan hukuman bukan suka-suka dan perlu teliti macam-macam aspek. Walaupun telah ada suami, wanita tersebut sanggup makan luar lagi, nampaknya kes makan luar ni tidak hanya terjadi pada lelaki tetapi wanita pun sama. Betapa hinanya wanita tersebut sehingga Allah memerintahkan supaya direjam sampai mati orang-orang begini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons