Subscribe:

Ads 468x60px

03/12/2011

Niat Peluk Islam Terbatal Kerana Soalan Ayah

Gambar Hiasan

Kisah ini adalah salah satu ceramah yang pernah disampaikan oleh mantan Mufti Johor, Dato' Nooh Bin Gadot di Masjid Jamek Kampung Jawa, Segamat.
Seorang pelajar bangsa Tionghua bernama Seng (bukan nama sebenar) baru pulang dari luar negara bertemu dengan ayahnya. Hasratnya untuk memberitahu niatnya untuk memeluk Islam akan tetapi bapanya bertanyakan kepadanya soalan. Seng terfikir mungkin bapanya akan marah dengan hasratnya itu. Duduklah dua beranak ini di ruang tamu untuk berdiskusi tentang hajat Seng. Bapa mengatakan bahawa dia tidak marah tetapi Seng perlu menjawab segala soalan yang ditanya sebelum membuat keputusan menukar agama.

  1. Siapa pengunjung paling ramai menghadiri konsert dan panggung wayang?
  2. Siapa peserta lumba haram dan siapa umpan hadiah kemenangan?
  3. Siapa penghuni paling ramai di pusat serenti, pusat tahanan dan penjara?
  4. Siapa paling ramai terlibat dalam kes juvana, bohsia, bohjan?
  5. Siapa paling ramai terlibat kes hutang di kedai runcit, felda, koperasi dan ceti haram?
  6. Siapa paling ramai melepak di pusat judi, cyber cafe, disko, pusat snooker dan warung kopi?
  7. Siapa paling ramai berada di dada utama akhbar dalam kes buang bayi?
  8. Siapa paling ramai berasmara di tepi pantai dan tempat awam?
  9. Siapa paling ramai mengandungkan anak tanpa bapa?
  10. Siapa paling ramai bergaduh kerana berbeza politik dan kepentingan diri?
  11. Siapa paling ramai menjadi jaga, kuli dan pemandu kepada bangsa lain?
  12. Siapa paling ramai membocorkan maklumat, meluluskan tender berasuah sehingga bangsa lain kaya?
  13. Siapa paling ramai gagal menempatkan diri di IPTA?
  14. Siapa paling ramai terlibat kes rogol, sumbang mahram dan khalwat?

Setelah mendengar soalan-soalan bapanya, Seng terdiam dan terus berfikirkan jawapan bagi soalan-soalan tersebut. Akhirnya Seng mengambil keputusan menangguhkan hasratnya.

Perkara ini bukanlah untuk menghentam bangsa sendiri tetapi untuk kita sama-sama sedar dan membangunkan maruah bangsa. Fikirkanlah sendiri jawapannya yer....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons