Subscribe:

Ads 468x60px

12/12/2011

Peti Undi Aduan

Ketika membawa baby ke klinik baru-baru ini, saya terpandang sesuatu yang menarik. Peti aduan yang begitu mudah untuk digunakan. Tidak perlu pen dan kertas untuk menulis. Tidak juga membuang masa. Apa yang diperlukan hanya sekeping tiket nombor giliran untuk dimasukkan ke dalam peti aduan. Senyuman untuk memuaskan manakala muram untuk tidak memuaskan. Rasanya peti sebegini sesuai dilaksanakan di merata kementerian dan jabatan atau organisasi yang berurusan dengan orang awam. Dari jumlah tiket dalam menilai tahap prestasi organisasi pada setiap hari. Kedudukan peti ini pun diletakkan sebelum pintu keluar. Jadi begitu mudah orang awam mengundi dan  dapat menggunakan semula tiket nombor giliran sebagai tiket undian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons