Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

03/01/2012

4 Golongan Lelaki Ditarik Wanita



Di akhirat kelak terdapat 4 golongan lelaki yang akan ditarik wanita untuk bersama-bersama dengannya berada di dalam neraka. Oleh yang demikian, golongan kaum Adam perlulah memainkan peranan yang penting dengan dalam menjalankan tanggungjawab secara saksama dan berwaspada dengan apa yang dilakukan oleh golongan Hawa.
 
PERTAMA – AYAHNYA
 

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya emasa di dunia, iaitu tidak memberikan segaa keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan tarik oleh anak perempuannya. .
 
KEDUA – SUAMINYA
 
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
 
KETIGA – ABANG-ABANGNYA
 
Apabila ayah sudha tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
 
KEEMPAT – ANAK LELAKINYA
 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, bila ibu memuat kemungkaran seperti mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya...
 
Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan merea yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
“HAI ANAK ADAM, PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLIMU DARIPADA API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU…”
Kaum wanita, kasihilah ayahmu, suamimu, abang-abang dan anak-anak lelakimu. Kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah S.W..T. bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons