Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

03/01/2012

Kelebihan Air Teh

 
 
Mengamalkan minum secawan air teh 'O' setiap pagi boleh bantu mengawal
berat badan. Isyaallah jika diamalkan, berat badan akan berkurangan. 

Didalam Al-Quran ada mengajar tentang menjaga kesihatan seperti membuat amalan :-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kebanyakan orang yang mandi waktu sebegini badan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya
Insayallah jauh dari penyakit.
 
3. Sunat bertafakur ketika solat Subuh (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Para saintis yang membuat kajian telah membuktikannya kenapa dalam sehari perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
berkenaan.

4. Di dalam kitab ada melarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus.

5. Nabi mengajar makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons