Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

29/02/2012

Namaku Angel bukan Farah

Diberitakan sejak tahun 1998 hingga kini, kira-kira 41 kes aduan berkaitan permohonan murtad di seluruh Johor telah direkodkan. 10 kes daripada itu telah dibawa ke Mahkamah Syariah.

Berita ini tentunya bukan sahaja merisaukan tetapi jauh lebih penting ia mencabar semua individu yang bergelar muslim untuk tampil bagaimana sebaik-baiknya kita boleh menyumbang bagi mengatasi gejala seumpama ini. Kisah yang akan dipaparkan adalah kisah benar yang berlaku pada tahun 2000 di negeri Johor.



Pada penghujung tahun 2000, seorang mualaf berbangsa Tionghua bernama Nur Farah telah membuat permohonan untuk keluar Islam. Sebelum itu, dia telah empat kali turun naik ke pejabat agama bagi membuat urusan itu tetapi tidak selesai. Akhirnya dia berjumpa dengan Pegawai Saudara Baru bagi meminta nasihat. Cuma kali ini beliau mahu dikenali dengan nama Angel sahaja iaitu nama timangannya sebelum memeluk Islam pada tahun 1994.

"Nama saya Angel bukan Nur Farah," katanya. Dia bertekad mahu keluar Islam ekoran terlalu kecewa kerana tunang Melayunya mungkir janji daripada mengahwininya. Sejak itu dia bertekad mahu berkahwin dengan majikannya seorang peguam bukan Islam. Walaubagaimanapun, Pegawai tersebut sempat memberikan nasihat kepadanya, antara nasihat tersebut :-

Pertama : Kamu pernah bersyahadah dan berikrar memeluk Islam bukan kerana sesiapa kecuali Allah. Maka mohon kekuatan kepada Allah kerana Dia yang mentakdirkan semua ujian ini berlaku. Walauapapun yang ditakdirkan, tidak perlu kita mengubah syahadah apatah lagi membatalkannya.

Kedua : Kalau alasan kamu tidak dapat berlaku taat terhadap Islam, itu masalah biasa. Mungkin hari ini kita menjadi Muslim yang 'asi (maksiat) tetapi tidak selamanya kita suka menjadi ahli maksiat. Orang Islam yang lain pun diakui ada yang bergelumang dengan maksiat. Misalnya minum arak dan makan babi, maka ia bukan menjadi sebab untuk kita menukar agama sewenang-wenangnya. Jika kita ada anak-anak, kita pun tidak akan restu jika mereka kekal hidup dalam maksiat.

Ketiga : Allah yang kamu yakini selama ini adalah Tuhan Maha Pencipta yang merestukan segala baik dan buruk itu berlaku didunia ini. Mengadulah kepada Allah bila berdepan dengan masalah. Kita mengadu dengan manusia, manusia juga ada masalah. Mohonlah Allah bantu kita menyelesaikannya. Allah tidak selama-lamanya memberikan kita kesulitan hidup. Apa yang penting buat masa ini biarpun kita tidak berupaya menghadapi ujian, tetapi yakinlah Allah tetap Tuhan kita dan Islam satu-satunya cara hidup yang pasti akan menyelamatkan kita kelak. Jangan sesekali membatalkan syahadah, nanti sia-sia hidup kita. Carilah jodoh tetapi bukan menggadaikan agama.

"Di sini tiada borang menukar agama, hanya ada borang masuk Islam sahaja," ujar pegawai tersebut.
"Saya tetap akan berkahwin dengannya (lelaki Hindu)," kata Farah serius sambil meminta maaf.
"Saya berdoa awak kekal dalam Islam. Apapun yang terjadi, saya yakin awak akan kembali kepada Islam suatu masa nanti. Carilah saya kalau awak dah sedia kembali." Balas pegawai.

Setahun berlalu, satu pagi Farah muncul lagi. Pegawai tersebut serba salah samada mahu memanggil dengan nama Angel atau Nur Farah. Namun melihat dia yang sudah bertudung litup dengan senyumannya yang manis, pegawai yakin seperti ada berita gembira yang mahu dia sampaikan.

"Nama saya Nur Farah bukan Angel,"katanya menamatkan teka teki.
Farah telah berkahwin dengan peguam Hindu itu tetapi dia tetap menjaga syahadahnya. Berkat menjaga agama, dengan takdir Allah rahsia suaminya itu terbongkar apabila Farah  mengetahui bahawa dirinya adalah isteri kedua. Rupa-rupanya Farah hidup bermadu dengan seorang wanita Hindu.

Malahan janji-janji manis suaminya sebelum ini yang mahu memeluk Islam selepas dia berkahwin di India tetapi tidak menjadi kenyataan. Kini Farah hidup sebagai Ibu Tunggal tetapi bersedia mahu disyahadahkan semula kerana dia yakin semua masalah tetap ada jalan keluarnya. Menggenang air mata Nur Farah Abdullah selepas syahadah dilafazkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons