Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

14/03/2012

Suami dan Isteri Di tangkap Khalwat

Nampaknya kes khalwat ini tidak pernah berkurangan. Baru-baru ini di daerah Ledang, seorang suami ditangkap bersama seorang isteri. Kalau yang ditangkap seorang suami bersama isterinya sendiri, mungkin boleh diterima tetapi ini berlainan. Suami ini ditangkap bersama isteri orang lain.



Pasangan ini ditangkap di dalam hotel bajet. Begitulah lazimnya, pasangan yang melakukan khalwat memang suka hotel bajet. Almaklumlah, dah nama pun hotel bajet, duitnya pun bajet juga. Pasangan ini baru setahun berkenalan. Sepanjang tempoh berkawan, si suami ini tidak mengetahui langsung pasangannya itu telah berkahwin dan mempunyai isteri. Si isteri ini langsung tidak pernah bercerita tentang alam rumahtangganya dan lagaknya pun seperti wanita bujang yang lain serta tidak memakai barangan kemas langsung. Ini bukanlah kali pertama pasangan ini bermalam di hotel. Ibarat kata pepatah, sepandai-pandai tumpat melompat, akhirnya ke tanah jua.

Ingatlah bahawa setiap kejahatan pasti akan ditunjuk jua walaupun kita berusaha menyorokkannya. Pasangan ini ditangkap pada pukul 2.00 pagi. Suasana di dalam bilik yang gelap dan sunyi sepi seperti pasangan pengantin baru. Ketika tangkapan, si suami memakai seluar panjang sahaja manakala si isteri menyorok di dalam bilik air. Ketika di soal siasat, si  isteri mengaku telah berkahwin dan suaminya ada di rumah. Alangkah terkejutnya si suami apabila mengetahui pasangannya itu telah berkahwin dan hajatnya untuk memperisterikan isteri tersebut punah. Ibarat batu besar yang menghempap kepalanya, mahu saja batu itu dihempuk ke kepala isteri. Bertepuk dahi si suami, dahlah kena tangkap khalwat, dengan isteri orang pula tu.


Apabila di panggil hadir ke mahkamah dan dibicarakan. Kedua-duanya di tuduh berkhalwat dan tiada bantahan terhadap fakta kes dan pertuduhan. Atas alasan masing-masing telah berkahwin, pihak pendakwa memohon hukuman berat terhadap kedua-duanya. Mahkamah yang bijaksana setelah mengambilkira waktu kejadian, tempat kejadian dan status kedua-duanya, mahkamah memerintahkan setiap seorang membayar denda RM 2500 kalau gagal penjara 6 bulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons